Thursday 30 October 2014

Tips Bagi Mengatasi Pergaulan Bebas di Kalangan Remaja

Sekarang ini zaman globalisasi, remaja kita harus diselamatkan dari globalisasi. Ini kerana globalisasi ini ibaratnya kebebasan dari segala aspek. Sehingga banyak kebudayaan-kebudayaan yang asing yang masuk ke negara kita, sedangkan budaya ini tidak sesuai dengan kehidupan kita. Generasi muda adalah penggalas utama diharapkan di masa depan mampu meneruskan kepemimpinan agama dan bangsa ini agar lebih baik.
Risau kan jika anak-anak remaja kita terjebat dalam masalah pergaulan bebas ini.. Masakan tidak, apa yang berlaku adalah diluar pengetahuan orang tua..Nauzubillah.. Minta dijauhkan dari anak cucu kita..Amin.
Pergulan bebas merupakan adalah salah satu penyakit kaula zaman sekarang. Selalunya mereka ini memberi alasan ingin berteman dan akhirnya mereka terjebak dengan pergaulan bebas yang boleh cenderung kepada pengaruh negatif.
Bagaimana cara untuk mengatasi para remaja daripada masalah pergaulan bebas??? Jom kita baca tips mengatasi masalah pergaulan bebas di kalangan remaja.

  • Belajar ilmu agama - Fahami ilmu agama dengan baik untuk menjadi keteguhan dalam hati anak remaja kita supya tidak melakukan perkara-perkara yang negatif. Agama merupakan benteng paling teguh untuk mencegah seseorang berbuat perkara negatif kepada diri sendiri atau orang di sekeliling.
  • Pendidikan daripada ibubapa - Peranan ibubapa sangat penting untuk mendidik anak remaja supaya tidak cenderung ke arah perkara negatif. Ibubapa perlu memantau pergerakkan anak-anak remaja dan menyekat perjalanan sosial mereka.Jika ibubapa mengabaikan tanggungjwab mereka dan keluarga yang bermasalah, anak remaja boleh terjebak dengan pergaulan bebas kerana mereka boleh mengalami broken home.
  • Menyibukkan diri dalam aktiviti bermanfaat - Anak remaja perlu menyibukkan diri dengan kegitan yang bermanfaat supaya fikirannya tidak berarah kepada perkara negatif. Sentiasa melakukan aktiviti baik seperti beriadah, membaca dan mendengar ceramah supaya tidak leka
  • Memilih Pergaulan yang baik - Baik buruknya sesorang itu, ianya sangat dipengaruhi oleh rakan-rakannya. Jadi remaja perlu memilih sahabat yang berbuat kebaikan dan secara tidak langsung, kita akan mengikuti jejak baiknya itu.
Keluarga bahagia 

Semoga info ini memberi sedikit sebanyak kesedaran bagi kita...Amin...





4 comments:

  1. masa bersama keluarga sebenarnya sangat penting, supaya anak-anak tak akan rasa tersisih atau rasa jauh dari keluarga, jadi apa-apa masalah akan dikongsi bersama keluarga, bukan dengan kawan-kawan atau orang luar yang mereka anggap lebih mengambil berat berbanding keluarga sendiri.

    TIPS ANAK CERIA ~ PART 1

    ReplyDelete
  2. risaunya zaman sekarang. Macam2 masalah sosial ada skang ni. Zaman anak kita nanti tak tahu lagi la canner...itu pentingnya masukkan akhlak Islam dulu...

    Bengkel Nutrisi Saya Yang Pertama

    ReplyDelete
  3. Perlunya hubungan yang erat antara ibubapa dan anak-anak

    Pening kepala berpusing

    ReplyDelete
  4. Walaupun anak saya masih kecik lagi..tapi memang risau tentang masa akan datang sebab gejala sosial yang semakin menjadi2 sekarang ni..Insyallah kita sama2 cegah pergaulan bebas ni.

    Panduan Menjaga bayi baru lahir

    ReplyDelete