Wednesday 1 October 2014

Masalah Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum buat semua pembaca...
lagi-lagi Nor fokus kepada bab-bab penyusuan..

Penyusuan ibu adalah proses semulajadi. Walau bagaimanapun dalam masa 2 minggu pertama, penyusuan mungkin sukar bagi ibu terutamanya mereka yang mengalami pengalaman yang pertama. Antara beberapa masalah yang mungkin dialami oleh setengah ibu adalah seperti:-
> Kebengkakkan payudara
> Puting melecet
> Tidak cukup susu

Kebengkakkan payudara



Antara sebab-sebabnya:

Kebengkakkan payudara adalah disebabkan peningkatan isipadu susu yang mengakibatkan kongesi salur darah di dalam payudara. Ia berlainan dengan kepadatan payudara. Payudara yang padat masih boleh ditekan, lembut dan fleksibel.

Tanda-tanda dan gejala :
Antara tanda-tanda kebengkkan payudara adalah 
=> Payudara menjadi keras dan sakit
=> Bahagian areola kelihatan pejal dan berkilat 

Ia akan menyebabkan kesukaran untuk bayi menyusu dan kesukaran untuk mengeluarkan susu.Si ibu boleh menjadi demam jika berlaku perkara seperti ini.

Untuk mengatasi masalah ini, perkara yang perlu dilakukan adalah

~ Jangan berhenti penyusuan
~ Susukan bayi dengan sekerap yang boleh
~ Sebelum membuat penyusuan, keluarkan sedikit susu untuk melembutkan payudara supaya mudah untuk bayi menghisapnya.
~ Selepas penyusuan. jika berasa susu masih bengkak, keluarkan susu yang ada.boleh pump atau menggunakan kaedah marmet.
~ Tuam payudara dengan menggunakan tuala dan air suam untuk melancarkan pengaliran susu
~ Teknik penyusuan juga mesti betul.

Puting melecet



Antara sebab-sebabnya :
=> meletakkan bayi dalam posisi yang salah
=> Teknik penyusuan yang salah
=> Faktor-faktor lain seperti
    > Ekzema puting - berlaku apabila puting menjadi merah kehitaman, gatal dan bengkak
    > Seriwan  - Jangkitan kulat yang disebabkan candida albicaus.Ia bermula dengan gatal.

Untuk mengatasi masalah ini, perkara yang perlu dilakukan adalah

~ Jangan hentikan penyusuan
~ Periksa samada anda menggunakan teknik yang betul semasa melekapkan bayi ke payudara.
~ Perahkan sedikit susu dan sapukan pada puting. Ia boleh memulihkan puting yang melecet
~ tidak perlu menggunakan losyen
~ Sekira tiada perubahan, berjumpa lah dengan doktor untuk memastikan samada terdapat jangkitan kulat atau ekzema.

Untuk mencegah perkara ini berlaku:
> pastikan posisi ibu dan teknik bayi ke payudara adalah betul
> elakkan memakai coli yang diperbuat daripada badan sintetik kerana ia meningkatkan perpeluhan dan kurang aliran udara.
> bersihkan payudara dengan air biasa. jangan menggunakan air sabun kerana ia boleh mengeringkan kulit.

Tidak cukup susu

Tidak cukup susu adalan alasan yang sering diberikan oleh ibu untuk berhenti menyusukan bayi atau menambahkan dengan susu formula. Penghasilan susu ibu berkurangan adalah disebabkan oleh kurang stimulasi akibat perkara-perkara berikut :-

> Ibu tidak membenarkan bayi menyusu seberapa kerap. 
> Bayi tidak melekap dengan betul dan bayi tidak dapat menyusu dengan berkesan
> Ibu berhentikan penyusuan di waktu malam dengan lebih awal
> Ibu menyusu babyinya dengan sebelah sahaja
> Ibu kurang yakin dengan kebolehannya untuk menyusu bayi
> Ibu mengalami tekanan emosi

Dalam penyusuan emosi ibu memainkan peranan yang penting.Bukan setakat itu sahaja, pemakanan ibu menyusu juga penting untuk memastikan bayi anda dapat susu yang berkualiti.

Ingat!! Pastikan payudara anda dikosongkan selepas menyusu untuk pengaliran susu baru.
Jangan cipta alasan ye wahai ibu-ibu...
Ingat!!!!!!! Susu ibu ni adalah hak anak. itu adalah rezekinya.

Untuk ibu-ibu yang ingin menguatkan lagi semangat penyusuan ini, JOM try supplement SET MENYUSU SHAKLEE.


Set Menyusu shaklee

ESP ~ Mengandungi Isoflavone yang bertindak seperti hormon estrogen, membantu dalam meningkatkan penghasilan susu. Disamping itu soya yang mengandungi protein yang tinggi untuk bayi anda.

Alfalfa ~ MILK-BOOSTER. Digunakan untuk meningkatkan penghasilan susu. Di samping itu, alfalfa bagus untuk kesihatan buah pinggang, membuang toksin dan wanita yang mengalami keputihan.

Vita C ~ Untuk mengoptimumkan imun ibu dan bayi. Disamping itu ia boleh membantu dalam penghasilan kolagen.

Vita-Lea ~ Penting untuk ibu dan bayi kerana ia mempunyai nutrisi lengkap bagi memastikan kesihatan yang sempurna dari segala aspek kesihatan.

B-Complex ~ Untuk perkembangan saraf untuk bayi anda disamping memastikan kesihatan mata, mulut dan kulit ibu serta bayi. Ia juga bertindak untuk menghasilkan tenaga dan darah.

Ostematrix ~ Ia sangat penting untuk memastikan gigi dan tulang bayi dan ibu mendapat kalsium yang mencukupi. Jika ibu tidak mengambil kalsium, kalsium yang sedikit ada apa ibu akan diserap bagi menghasilkan susu. Lama kelamaan terutamanya ibu yang mempunyai anak yang ramai akan mengalami tulang yang rapuh, gigi cepat rongak dan masalah belakang membongkok. Adalah penting untuk mengambil kalsium yang mencukupi.


Untuk ibu yang ingin mencuba SET MENYUSU SHAKLEE, cepat-cepat hubungi Nor..Insyaallah, segala masalah Nor cuba membantu bagi menyelesaikan masalah penyusuan anda!!





1 comment: