Monday 26 May 2014

Supplement untuk menambahkan susu ibu

Salam Jumaat semua..
Pagi yang Indah..Alhamdulillah syukur Ya Allah diberi peluang untuk berjumpa dengan hari Jumaat..

Pagi ni,,Nor buat tajuk entry khas untuk ibu-ibu yang sedang Breastfeed @ ibu-ibu hamil yang plan nak breasfeed baby..Time Nor dapat idea ni pun Nor sedang pump..Lagi mencurah-curah la idea sebab nor sendiri seorang ibu BF.

Nor just nak tanya...
Pernah tak anda terfikir,anda nak fully BF anak sampai 2 tahun..Nor dulu anak first, memang berkobar2 nak BF anak tapi tak berapa ada ilmu.So terpaksa menyerah kalah sebelom ikhtiar..sebab apa??????sebab tak tahu..dan tak cari.lagi 1,takut nak cuba..Hasilnya anak first..berkongsi la susu ibu + formula...kan sangat2 rugi...

Anak ke-2,dah ada ilmu dah.Alhamdulillah...So sekarang saya nak share la kebaikan Shaklee nie..

SET MENYUSU SHAKLEE dipanggil Milkbooster..Nak tahu tak?????

JOM kita baca apa bestnya Set Menyusu Shaklee..

Gabungan mantap Alfalfa dan ESP mampu menghasilkan susu ibu yang pekat dan berkhasiat.Lagi best memberi tenaga buat ibu...Produk ini adalah yang paling asas dalam set menyusu shaklee..


ESP (Energizing Soy Protein)


Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.



ALFALFA
Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu. Dalam penyusuan, alfalfa dikenali sebagai MILKBOOSTER.Selain itu, ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan!), dan bantu buang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik (angin dalam badan).


Gabungan Mantap!!


Dua2 produk nie penting dalam penyusuan..TAPI jangan la mengharapkan supplement semata-mata..Ibu-ibu jangan lupa penuhkan jadual pump...sebab semakin kerap kita pump or bagi anak menyusu,semakin banyak produk susu dikeluarkan..HASILNYA memang banyak.Pengalaman Nor BF,tengah malam pun pump tau..anak menyusu sebelah..sebelah lagi pump..MMG PENUH LA DEEP FREEZER...bukan cakap kosong yer...

HAH!!!nie hasilnya..Meriah kan..

Lagi satu..OSTEMATRIX..untuk KALSIUM IBU BF..Ianya sangat penting untuk memastikan gigi dan tulang anda.Susu yang diberikan pada baby mengandungi kalsium yang tinggi,JIKA anda tidak mengambil kalsium yang secukupnya,kalsium yang dari tulang anda akan menghasilkan susu...Semakin lama terutamanya ibu-ibu yang mempunyai anak yang ramai tulang anda akan rapuh dan gigi cepat rongak dan cepat membongkok..Oleh sebab itu,,adalah penting untuk ibu BF mengambil KALSIUM!!

Baik untuk KALSIUM anda!



Teruja kan????
BERMINAT TAK??

jika berminat,anda boleh hubungi saya
fb: SitiNor Mamat
Page : Super Duper Supplement
Call/sms/whatsapp : 0139100171

 ~free consultation untuk customer saya~
insyaallah saya akan berikan tips2 penting untuk mereka yang inginkan susu yang meriah!!















Set kecantikan yang power!!!

Salam sayang buat pembaca blog Nor..
Mlm nie Nor nak buat entry pasal Set kecantikan SHAKLEE.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ada tak di kalangan anda yang mengalami kulit muka yang tak sekata?tak pun ada tak yang ada kesan-kesan parut jerawat..pastu ada tak yang mengalami kulit muka berjeragat...

Mesti stress kan!!Mana taknya..banyak produk guna tapi kulit muka mcm tu je..risau kan hari-hari tengok wajah yang tak bermaya..

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Jom Nor bongkarkan rahsia yang sekarang ni ramai yang mencuba..Dan terbukti keberkesanannya..Aikkkkk,bukan Nor cakap kosong..Ternyata set kecantikan shaklee memenuhi impian wanita2 diluar sana..

Customer Nor mencapai targetnya

Meh sini Nor kongsi sikit antara kebaikan
Set Kecantikan Shaklee

Vitamin E ♥♡
>>memperbaiki parut
>>mengurangkan jerawat
>>memulihkan tekstur kulit
>>memberikan ton muka yg sekata
>>mengurangkan garis halus dan kedutan

B-Complex ♥♡
>>melembapkan kulit wajah
>>menaikkan seri wajah (glowing)
>>anti-stress..penyebab jerawat
>>melancarkan peredaran darah

Vitamin C ♥♡
>>membentuk kolagen
>>mencerahkan kulit dan menghilangkan kedut
>>menghilangkan jeragat
>>merawat kulit yang kasar dan kering

Gabungan mantap Vita-C,Vita-E & B-Complex

Hah..nak lagi best..boleh ambil ESP..esp pulak bertindak untuk melicin dan menghaluskan kulit muka..wah..wah..lagi berseri2..
Produk shaklee ternyata berkesan dan selamat.

esp...bestnye!!!!
Berminat???
Jika berminat anda boleh
Pm fb: SitiNor Mamat
Page : Super Duper Supplement
Sms/whatsapp/call : 0139100171

Saturday 24 May 2014

Omega Guard untuk semua

Salam malam minggu semua pembaca blog Nor...
Hari nie Nor nak wat entry pasal apa dia kelebihan OMEGA GUARD Shaklee..Pernah dengar tak Omega??Bercerita pasal Omega pasti orang dah tahu kebanyakan fungsinya untuk perkwmbangan otak.Lagi2 untuk kanak-kanak.So kat sini Nor pun nak share kehebatan Omega Guard Shaklee.

Khas buat ibubapa yang sedang tercari2 vitamin terbaik utk anak-anak..
di SINI Nor syorkan produk yang terbaik utk kanak-kanak adalah OMEGA GUARD Shaklee.

♥♥OMEGA GUARD♥♥

Adalah Minyak Ikan Terbaik di Dunia.Ia mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semuljadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain.

Jomssss kita baca apa yg ada dalam Omega Guard SHAKLEE..

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

OmegaGuard SHAKLEE merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan Omega Guard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

=> Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan
otak janin
=> Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
=> Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
=>Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema dan jugak dapat mengurangkan jangkitan pernafasan
=>Mengawal kolestrol dalam darah,menstabilkan tekanan darah dan mengawal paras gula dalam darah.
=>Bagus untuk sesiapa yang nak kurus.omega berfungsi memecahkan lemak2 yang berlebihan dalam badan.



Pendek kata Omega Guard ni bagus untuk semua.Tak kira la anda dalam golongan yang mana.kanak-kanak,remaja,dewasa dan warga tua.


Anda berminat nak mencuba??
Fb: SitiNor Mamat
Page: Super Duper Supplement
call/sms/whatsapp : 0139100171

¤Free consultation khas untuk customer saya¤

Thursday 22 May 2014

Testimoni (VITA-C & ESP)

Salam sayang semua..

Just nak share and sharing...
My friend ni..dia dulu kulit muka berjerawat and berminyak..teruk sangat mukanya..banyak sangat produk dia gunakan tapi semuanya tak menjadi..

Dia try abik VITA-C shaklee..Alhamdulillah sangat positif.jerawatnya berkurangan..dah ok tu dia pun ingat takde masalah..dengan hati yang sangat yakin..dia try la produk lain...

Nah!!kulit mukanya bertambah teruk..jerawat mula naik balik..So last-last dia beside nak consistent hanya dengan VITA-C..dan pada yang sama dia juga try ESP!!

Alhamdulillah...pokok pangkalnya..kita kena YAKIN..insyaallah semoga dapat manfaatnya..

Testimoni ms. lynn

Family day MFI (Gold Coast Morib)

Assalamualaikum semua...

Wah!!!!dengar tajuk macam best je kan!! Memang best pun..dah lama Nor dan family tak pergi bercuti..Kebusyan yang terlampau sangat..kengkonon la busy...tak tau la..tapi mmg dah lama tak plan nak pi bercuti...maybe sebab tiap2 weekend ada je hal..

Sebenarnya sejak amni lahir,nie second percutian kami pi..sebelom nie pi PORT DICKSON je..ni pulak kami ke GOLD COAST MORIB...semuanya dekat dengan rumah je tp takpe la..pi jugak bercuti bersama family kan!!!! Nor nie,teringin sangat nak pi Langkawi..hihi..tak puas pi dulu sebab Langkawi nie antara pulau yang sangattttt cantik...Memang Nor nakkkkkk lagi ke sana.

Ok...kali nie ke Gold Coast Morib nie sebenarnya Family Day MFI unikl..company my hubby tersayang..dapat jugak la merasa family day..nak harapkan family day company Nor...emmmmmm..mmg tak la jawabnya...susah!!!

Kami ke Morib sabtu (10 may 2014)..selepas sessi pendaftaran dan pembahagiaan bilik Nor just lepak kat bilik je sementara anak dara Nor tido..Isyraf dan abah dah ke taman tema air dah...Isyraf nie seorang yang suka main air..fuh!!tak yah nak cite la kalau jupa air..tak nak naik bilik la jawabnya..

Aktiviti malamnya adalah Dinner.tema dinner adalah Arabian Nite..Nor takde la arabian sangat sebab bukan company kita...tak yah la beria sangat..MALUUUUU...lebih2 plak kita orang luar jer...

Arabian Nite

Selepas berDinner semua balik ke hotel untuk beradu..Alhamdulillah my hubby dapat Lucky Draw..Dapat la set periuk yang comey..ALA lupa plak nak ambil gambar..So tak dapat nak tunjuk...hihi

Esoknya 11 May 2014,aktiviti pertama adalah sarapan pagi..Selesai bersarapan,kami ke tepi pantai untuk aktiviti sukaneka untuk semua golongan..Dalam pada yang sama,Isyraf dah menjeling ke arah taman tema air sebab dia lagi berminat mandi manda daripada bersukaneka..
Terpaksa la pujuk Isyraf main cari gula2 dalam tepung...Hah..dapat tempat pertama..dapat la hadiah..

Abah bagi kata2 semangat
Yeah..isyraf dapat hadiah...

Dah seronok dah..main lagi...kutip gula2 plak..hadiahnya GULA-GULA la..Nah..nie je gula-gula yang ISyraf dapat...dah penuh tangan,,dia tak nak kutip dah..kekonon,,cukup dah tu..orang lain semua banyak..


Oklah tu..dapat jugak kan!!
Dah settle sukaneka untuk kanak2,time sukaneka utk orang dewasa pulak..belom start abah nak main,,Isyraf dah merengek nak mandi kat taman tema...TERPAKSA la abah berkorban untuk anak bujangnya...

OK..time happy di TAMAN TEMA AIR..fuh seronok tengok anak2 mama mandi manda..

Sorang2 je...tak takut langsung

Seronok betol anak dara mama main air!!!!!

Setelah puas mandi manda...kami bersiap2 utk check out..selesai la sudah percutian kami..
seronok!!!!!memang seronok dapat meluangkan masa bersama anak2 tersayang.
ALHAMDULILLAH!!!!!syukur Ya Allah atas kurniaan yang Engkau berikan..

Orang nak balik dia tido plak..Kepenatan!!!!

Friday 9 May 2014

Apa itu MEALSHAKE

Assalamualaikum buat semua..

Salam Jumaat..

Hari ni Nor nak share sikit apa itu MEALSHAKE...
Serius Nor cakap,sebelom join SHAKLEE Nor tak tau langsung pasal Mealshake ni..mana nak tau nya..semua supplement Nor tak suka..hahaha
Dah tu,,lepas je join shaklee,semua benda nak cuba..sebab saya tau shaklee nie produk semulajadi..so i like shaklee..

APA ITU MEALSHAKE????

Meal Shake merupakan minuman bernutrisi yang menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan harian.Ia diperbuat daripada bahan semulajadi - buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.

Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hinggalah ke peringkat orang dewasa. Ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

Siapakah patut minum MealShake ini? 

MealShake Shaklee dihasilkan untuk semua golongan - bayi, pelajar, kanak-kanak sedang membesar, ibu mengandung, para atlet, vegetarian, orang sakit, orang sibuk bekerja dan orang yang selalu mengambil makanan segera (makan tidak tentu).


Apa manfaat utama MealShake?

1. Nutrisi Lengkap
~mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat akan menyebabkan menyukarkan kadar penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. ia turut mengandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak

2. Membekal nutrisi kepada sel tubuh
~kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel kulit, kuku, rambut, darah, organ, imun dan lain-lain

3. membantu tumbesaran
~mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses pembesaran tubuh badan

4. Anti oksida
~Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

5. Mengembalikan seri wajah
~mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan kuprum yang cukup untuk membina sel-sel darah yang sihat, sekaligus memberi kompleksi wajah yang lebih cantik

6. detokfikasi
~kaya dengan serat larut untuk membanu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus

7. kelazatan rasanya
~ minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktosa semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.


mealshake yang sedap!!!!!
 Testimoni dari customer...
feedback yang sangat positif...






Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, 
sila berhubung dengan Nor melalui :

Facebook Fanpage : Super Duper Supplement
Facebook : SitiNor Mamat
SMS/ WhatsApp : 0139100171









Thursday 8 May 2014

Anak tak suka Makan

Salam Sayang dari Nor untuk semua...

Hah...Nor nak tanya pembaca2 semua..pernah tak mengalami masalah anak tak nak makan??
macam-macam kita masak,,dia still tan nak makan...nak minum susu je padahal umur dah 4 atau 5 tahun...
kalau asik minum susu je,,tak nak makan nasi parah jugak kan..kos susu sebulan melambung la jawabnya..

Situasi ini berlaku pada Nor sendiri..memang jenuh nak pujuk si anak bujang Nor makan.isyraf oh isyraf   ...macam-macam makanan bagi kat dia..semua ditolak..kalau JAJAN@makanan ringan tu,,cepat pulak dia nak..lagi2 kalau aiskrim..fuh...mmg favorites dia..Susu tak yah nak cakap la..kejap2 nak susu..kejap2 nak susu...
dia minum susu SUSTEGEN..1 kotak ada 2 pax 650gram...rm54.50 paling murah Nor jumpa kat kg hubby.tu pu kat kedai ubat.Sungai Abong,Muar.kedai2 lain semua lebih dari harga tu...mmg parah la..1 kotak seminggu..so sebulan 4 kotak.sebulan rm200++ susu sahaja..masa tu dia umur 4 tahun.

So,bila terdedah dengan shaklee nie,,Nor pun try la MEALSHAKE..mujur la mealshake nie sedap..perisa vanila..sama la dengan susu sustegen dia..perisa vanila..
1 canister dah abis tapi Isyraf tetap sama je..still kurang makan nasi..cuba lagi 1 canister lagi...doa pun ada jugak..sebab di samping kita mencuba apa2,,DOA pada ALLAH perlu jugak..pokok pangkalnya Dia yang memberi...

Alhamdulillah..setalah cuba..cuba..isyraf dah start berselera makan nasi...kadang2 mama tak sempat nak masak dia dah mintak..."Mama,,nak nasik...lapar la"
Isyraf jugak tak sembelit..sekali sehari pasti membuang..

lagi satu,,Isyraf nie eczema..kulit dia tak tahan dengan peluh..kalau main2 sapai berpeluh,,alamak mengaru la..sapai abis kulit dia..nyeri sangat...

alhamdulillah...sejak amalkan Mealshake ini,,kulit isyraf dah ok sikit..nampak la perubuhannya di samping saya letakkan minyak kelapa dara supaya kulitnya tak kering...sistem imun isyraf pun kuat..jarang demam dan selesema..kalau demam & selesema pun,sekejap je..baik sendiri...tak perlu makan ubat2 dari klinik.

Dengan MEALSHAKE nie,banyak manfaat yang isyraf dapat...first Nor cuba selesaikan masalah dia kurang selera makan..
extra yang Nor dapat, isyraf tak sembelit,kurangkan masalah kulit (eczema)dan memperkuatkan sistem imun isyraf.
so tak rugi Nor laburkan sedikit wang untuk kesihatan anak bujang Nor..dah la mealshake nie sedap,berkhasiat..So setiap hari saya nampak perubahan isyraf..
AKTIF & SIHAT...

alhamdulillah...terima kasih ALLAH kerana memberi jalan untuk Nor mengenali Shaklee..

bestnya minum MEALSHAKE

Monday 5 May 2014

Pembelajaran Pertama Bayi dalam Kandungan

Salam sayang Nor ucapkan buat pembaca2..

Petang nie Nor nak kongsi sikit apa yang Nor baca dari majalah PA & MA keluaran APRIL 2009...huhuhu..Sebenarnya Nor mengemas semalam majalah2 lama...kemas punye kemas Nor terjumpa la koleksi majalah2 PA&MA tahun 2009 memandangkan tahun tu Nor pregnant anak FIRST...

KHAS untuk ibu-ibu yang sedang HAMIL..
Antara topik yang best Nor baca adalah Pembelajaran Pertama Bayi dalam Kandungan..

Kita mesti tertanya-tanya..bila sepatutnyanya kita melakukan ransangan kepada bayi kita????
Jawapannya...ransangan boleh dilakukan selepas 4 bulan kehamilan kerana bayi kita mula belajar mengenai persekitaran.Rahim kita adalag dunia pertama untuk si kecil belajar.Ia adalah tempoh kritikal untuk membina keupayaan otaknya...Kepintaran dan perkembangan bayi boleh diransang sejak dalam kandungan.Stimulasi terhadap bayi boleh dilakukan apabila kandungan memasuki usia 4 bulan.


Justeru itu anda boleh memberi pelbagai teknik ransangan istimewa untuk bayi dalam tempoh kehamilan.

Antara teknik-teknik ransangan adalah :-

Bercakap
==> antara cara yang paling mudah untuk anda mula berkomunikasi dengan bayi apabila anda sudah bersedia untuk menerima kehadirannya..Boleh libatkan suami dengan aktiviti ini supaya bayi mengenali suara ibu dan bapanya.Bayi juga dapat merasakan perasaan kasih sayang yang bakal anda berikan kepadanya.

Bacaan AL-QURAN
==>Mukjizat kitab suci Al-Quran sudah termaktub sejak azali lagi.Ibu atau bapa selalu la membaca surah-surah Al-Quran supaya bayi merasakan ketenangan dan paling penting dapat mengajar anak dalam kandungan supaya tidak mensyirikkan ALLAH.

Zikir/Selawat
==> Ibubapa digalakkan selalu berzikir atau berselawat.Zikir yang memuji kebesaran ALLAH seperti Asma Ul Husna dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW akan memberi ransangan kedamaian dan kekuatan jiwa bayi yang mendengarnya.

Pemakanan
==> Ibu hamil perlu makan makanan yang berkhasiat.Pilih la minum susu,makan kurma dan ikan segar untuk meransang otak bayi.

Usapan Lembut
==> Menepuk lembut perut,menggosok persekitan perut dan mengusap perut untuk mendapat tindak balas bayi. Isyarat seperti ini mampu meransang minda bayi.Lakukan setiap hari supaya bayi merasakan sentuhan maya ini.

Tingkah Laku Baik
==> Para ibu yang sedang hamil mesti menunjukkan tingkah laku yang baik.Tingkah laku yang baik mempengaruhi sikap anak yang bakal dilahirkan.

Bahan Bacaan
==> Selain buku-buku ilmiah,ibu juga boleh melakukan aktiviti yang melibatkan pengiraan seperti subjek matematik.Ia mampu membuatkan otak anda aktif sekaligus memberi kesan yang sama pada bayi.

Elakkan mengalami tekanan
==> Ia akan memberi kesan negetif kepada personaliti walaupun dalam kandungan.Dalam tempoh kehamilan apa sahaja tekanan termasuk emosi dan fizikal si ibu,bayi juga turut merasakannya..

Hah...segala tindak tanduk ibu-ibu mempengaruhi bayi dapat kandungan..Ibu perlu memberi yang terbaik untuk melahirkan anak yang terbaik..Seharusnya kaum-kaum bapa perlu memberi perhatian lebih kepada ibu-ibu mengandung ni..

Ini saja yang dapat Nor kongsikan pada pembaca..Semoga memberi manfaat kepada kita khususnya buat ibu-ibu mengandung..

OOOppppppsssss..

terlupa pulak...

Pengambilan minyak ikan OMEGA-3 adalah makanan terbaik untuk perkembangan otak bayi.
Salah satu produk yang terdapat dipasaran ialah OMEGA GUARD shaklee.

OMEGA GUARD adalah Minyak Ikan Terbaik di Dunia.Ia mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semuljadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain.

Jomssss kita baca apa yg ada dalam Omega Guard SHAKLEE..

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

OmegaGuard SHAKLEE merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan Omega Guard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

=> Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan 
otak janin
=> Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
=> Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak

=>Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema dan jugak dapat mengurangkan jangkitan pernafasan
=> Ibu yang menyusu juga boleh menyalurkan khasiat omega 3 kepada bayi yang disusuinya.


Omega Guard shaklee