Friday 7 November 2014

Anak Pelupa Menyebabkan Tidak Fokus Belajar

Masalah “lupa” sering dialami oleh semua orang terutama pelajar. Mereka cepat lupa apa yang diajar oleh guru. Justeru itu, masalah ini menjadi kebimbangan dikalangan pelajar apatah lagi apabila masalah lupa ini menghantui mereka disaat peperiksaan hampir tiba.

Terdapat beberapa kaedah atau cara bagaimana untuk mengatasi masalah lupa ini agar ianya bermanfaat kepada semua pelajar. Kaedah atau cara ini adalah hasil rujukan beberapa buah buku dan juga laman web lain. Semoga ianya berguna buat anda.



Kenapa Mudah Lupa????
  • Mempunyai sikap sambil lewa
  • Tidak berminat terhadap sesuatu mata pelajaran
  • Tidak ambil perhatian ketika guru mengajar
  • Tidak mengulangkaji pelajaran secara sistematik
Perkara-perkara yang menyebabkan mudah lupa???
  • Mengabaikan solat lima waktu : Solat adalah tuntutan agama. Ia wajib dilakukan 5 waktu sehari semalam. Solat juga merupakan tiang agama. Pelajar yang sering mengabaikan tanggungjawab menunaikan solat seperti mereka mengabaikan keperluan hidupnya. Jika diabaikan bermakna mereka telah lupa kewajiban dan tanggungjawab yang paling penting dalam kehidupan sebagai seorang muslim. 
  • Sering bercakap bohong : Pelajar yang sering berbohong sukar untuk membezakan perkara yang benar dan sebaliknya. Meraka yang suka berbohong bukan sahaja mewarisi penyakit lupa malah akan hilang jati diri.
  • Selalu mungkir janji : Alasan yang diberikan pelajar yang selalu mungkir janji adalah lupa. Jadi pelajar yang tidak menepati janji secara tidak langsung membawa dirinya ke arah penyakit lupa.
  • Pemakanan : Orang-orang tua mengingatkan supya jangan selalu makan kepala ikan, kerana dikuatiri cepat jadi pelupa. Akan tetapi arahan ini selalu tidak diendahkan oleh gologan muda zaman ini. Sebenarnya dalam kepala ikan itu terdapat asid yang boleh merosakkan neuron-neuron dalam otak kita. Juga kita tidak boleh makan  makanan yang shubah (makanan yang diragui status halalnya)
Cara untuk mengatasi masalah lupa
  • Jangan abaikan solat lima waktu
  • Perbanyakkan solat sunat
  • Selalu membaca ayat-ayat suci al-Quran
  • Selalu berdoa kepada Allah SWT
  • Jangan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT seperti berbohong, mungkir janji, melakukan maksiat, berzina dan sebagainya.
  • Makan makanan yang berkhasiat, bersih, suci, seimbang dan halal
Kebanyakannya adalah faktor makanan yang menjurus kepada penyakit pelupa ini. Berikut ini adalah senarai tentang jenis-jenis makanan yang perlu dielakkan.
Makanan Yang Boleh Menjadikan Kita Seorang Pelupa.

1. Banyak makan epal masam.
2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan.
3. Banyak makan bawang besar.
4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
5. Memakan kepala ikan.
6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
7. Makan sehingga terlalu kenyang.
8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera. 

Apakah cara untuk mengembalikan kefokusan anak ketika belajar??

Shaklee menyediakan makanan tambahan bagi anak-anak yang mengalami masalah pelupa ni. Omega Guard  adalah minyak ikan paling selamat dengan 3 kali proses penyulingan & kaya dengan Omega-3. Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.



Satu hidangan Omega Guard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

=> Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan 
otak janin
=> Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
=> Sangat sesuai untuk pelajar 
=> Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
=>Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema dan jugak dapat mengurangkan jangkitan pernafasan



Wahai ibubapa penyayang... Jom kita atasi pemasalahan ini dengan mencuba yang terbaik untuk anak kita.. Tidak salah jika kita berusaha.. Selain itu, boleh juga amalkan habatussauda, kismis dan kurma makanan sunnah Nabi..

Untuk keterangan lanjut..Hubungi :-




Thursday 6 November 2014

Cegah High Cholesterol Dengan Membuat Pemeriksaan Kesihatan

Pernah tak anda membuat pemeriksaan tahap kesihatan anda??? Jika wanita mungkin pernah kerana ketika hamil, mereka wajib membuat pemeriksaan keseluruhan badan. Jika lelaki?? Hah..kalau tiada masalah, mesti malas nak membuat pemeriksaan..Malas betul nak menunggu giliran jika di hospital dan klinik-klinik kesihatan...Betul tak??

Inilah kebanyakan masalah yang ada di negara kita ini...Jika tidak membuat pemeriksaan, macam mana kita ingin mengetahui tahap kesihatan dalam badan kita.. Kolestrol dalam darah ok ke, tekanan darah ok ke, uric acid macam mana dan banyak lagi yang kita tak tahu.. Dah sakit-sakit, baru nak buat pemeriksaan..Masa tu mungkin dah terlambat untuk kita merawat.. 

Pernah terjadi kepada suami rakan Nor.. Dia seorang yang aktif, badan tak la berisi.. Suatu hari dia berasa nak pitam.. Dan malamnya, tangan sebelah kanan sudah mulai kebas-kebas. Keesokkan hari, rakan Nor membawa suaminya ke hospital. Alangkah terkejutnya, suaminya terkena penyakit strok.
Setelah membuat pemeriksaan keseluruhan, ia berpunca dari kolestrol dalam darah yang tinggi dan merokok!!!!! Hah..kalau la dia membuat pemeriksaan awal,mungkin penyakit ini tidak akan berlaku kan!!!!!.
Alhamdulillah suaminya beransur pulih tapi masih belum boleh normal seperti sedia kala..Tidak dapat bekerja seperti dulu.Now semua tugas dipikul orang isteri... Sedih kan!!!!!! So pengajaran buat kita semua kan..Bak kata orang-orang tua..mencegah itu lebih baik daripada mengubati.





Pada hari ini, Nor terlibat dengan Program "Occuptional Medical Surveillance". Program ini untuk sesiapa yang bekerja dengan menggunakan bahan kimia yng berbahaya. Pihak majikan diwajibkan membiayai kos pemeriksaan ini setelah dinilai oleh pihak DOSH dalam Chemical Health Risk Assessment (CHRA). Pemeriksaan ini dibuat 2 tahun sekali. So di makmal Nor terlibat dengan bahan kimia (Ethanol dan silicone oil). Alhamdulillah dapat la buat pemeriksaan secara percuma..Untung kan!!






Pemeriksaan dijalankan dengan pengmbilan darah, check mata,telinga, buah pinggang samada membengkak atau tidak dan juga ujian penafasan.  


Untuk result yang lepas, kolestrol Nor di peringkat 'border'.. Hah..nak tahu tak, kebanyakkannya orang kurus la kolestrolnya agak tinggi berbanding orang gemuk.. Berhati-hati tu ye!!!!
Insyaallah untuk pemeriksaan kali ini, Nor mengharapkan result yang bagus memandangkan Nor dah mula mengambil langkah mencegah!!

Nak tahu tak apa dia langkah pencegahan yang Nor buat???

First...Jaga pemakanan dengan makan makanan yang seimbang..Lagi-lagi Nor ni ibu menyusu.

Second...Ambil supplement tambahan.. Dah tentulah Nor mengamalkan produk yang terbaik di dunia.. SHAKLEE pilihan Nor.

Thirt.. Jarang dah Nor amalkan.. Senaman...Ia penting jantung anda!!!! 

Untuk langkah-langkah pencegahan terhadap tahap kolestrol, anda boleh mencuba dengan pengambilan Omega Guard ataupun Phytocol-ST.



Omega Guard
  • Omega 3 yang terkandung dalam omega guard merupakan nutrien utama untuk mencegah masalah pembuluh darah dan mengurangkan kolestrol dalam darah.Dengan pengambilan asid lemak omega 3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. 
  • Ia memperbaiki kesihatan kardiovaskular disamping memelihara tekanan darah dan paras trigliserida dan kolesterol yang normal. 
  • Merendahkan kolesterol dan menghindar pembekuan darah di dalam badan.

Phytocol-ST 
  • Membekalkan 2000 mg fitosterol tumbuhan sehari. Fitosterol tumbuhan dibuktikan secara klinikal melebihi 80 kajian dapat menurunkan kolestrol jahat (LDL)
  • Ia juga membekalkan 100% keperlun harian bagi fitosterol seperti yang disyorkan oleh oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)

Sebelum makan, digalakkan mengambil Phytocol-ST dahulu. Ini kerana, Phytocol-ST membantu menghalang kolesterol jahat daripada masuk ke dalam saluran darah kita. Namun begitu, ada juga beberapa kolesterol jahat yang mungkin "terlepas" ke dalam salur darah kita (dalam kuantiti yang sedikit). Oleh itu, pengambilan Omega Guard digalakkan untuk mem"bersih"kan kolesterol tersebut. Omega juga dapat membuang kolestrol yang lama terkumpul. Kolesterol jahat itu akan dibawa oleh Omega Guard ke hati, dan dirembeskan melalui saluran yang betul seperti peluh dan sebagainya.

Dengan pengambilan Omega Guard dan Phytocol-ST secara konsisten, Insyaallah anda dapat memelihara tahap kolestrol dalam darah anda.. Betul apa yang Nor cakap.. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Berminat???
nk mencuba Omega Guard dan Phytocol untuk mencegah kolestrol anda??
Hubungi Nor :-






Tuesday 4 November 2014

Minuman Tenaga Untuk Mereka yang Aktif

Pernah tak anda berasa sangat letih apabila lama tidak bersukan??? Kalau dah bersukan tu, rasa macam tenaga hilang semua.. Betul tak??

Nor sebelum nie merasainya.. Mana tidaknya.. Selepas bersalin anak pertama, Nor dah kurang bersukan.. Jika ada program di ofis, baru la nak jogging sikit.. Tapi malamnya, Ya Allah...Hanya Tuhan saja yang tahu betapa penat dan sakitnya badan nie. Semua kerja pun tak boleh buat. Rasa nak baring je.

Bulan October yang lepas adalah bulan sukan yang dianjurkan oleh Persatuan PERKASA (salah satu persatuan yang ada di SIRIM Berhad)..Peluang terbuka untuk Nor kembali bermain bola jaring setelah seorang rakan mempelawa Nor untuk join kumpulannya..  




Nak tahu tak?? Nor sebenarnya dah lama tak bermain bola jaring. Permainan bola jaring adalah minat Nor sejak di bangku sekolah. Dan seterusnya di alam pekerjaan Nor masih berpeluang untuk bermain. Namun sejak hamil anak ke dua, Nor sudah tidak aktif bermain kerana tidak sanggup tinggalkan begitu lama Amni di rumah pengasuhnya. Sebelum nie, sanggup balik Magrib semata-mata join kawan-kawan training.. Siap join Open Netball lagi di sekitar Lembah Klang.

Hah..Apabila suami dah bagi green light untuk bermain, Nor merasakan ini adalah peluang untuk Nor kembli kekal aktif semula. Lagipun suami sanggup jaga anak ketika Nor sedang bermain. Restu suami tu lagi penting tau!

Sebelum hari perlawanan, Nor tak sempat langsung turun padang untuk training. Cuma Nor sempat jogging 1/2 jam pada petang sebelum hari sebenar. Tu pun gigihkan juga untuk turun jogging memandangkan Nor langsung tidak ada stamina.

Pada hari perlawanan,, Alhamdulillah Nor langsung tidak ada rasa penat ketika bermain.. Permainan yang sangat pantas dan Nor dapat mengekalkan stamina sampai habis 5 perlawanan (dalam setiap game 7 minit rehat 2 minit dan sambung 7 minit). 

Lebih membuatkan Nor teruja..apabila salah seorang rakan pasukan bertanya:,

"Akak selalu training erkkk!! nampak bertenaga dan stamina kuat.. Boleh terbang sana sini ambil bola"

Nor jawab "eh...takde la..dah 2 tahun tak turun padang main netball. Cuma akak ada ambil minuman untuk tenaga".. Alhamdulillah..badan tak penat..

Dan semua yang ada kat situ nak tahu apa rahsia Nor???

Anda nak tahu tak apa dia rahsia Nor untuk kembali bertenaga???


Minuman tenaga untuk saya dan keluarga
Jawapannya adalah Performance Drink. Minuman elektrolit yang lengkap dengan campuran unit karbohidrat.

Electrolit yang utama dalam badan adalah

  • Sodium Ion
  • Chloride Ion
  • Magnesium Ion
  • Calcium Ion
  • Potassium Ion

Manfaat Utamanya adalah :-

  • Meningkatkan Daya Ketahanan Badan - bertindak untuk mengawal air dalam sel badan  serta meningkatkan daya tahan otot. 
  • Membekal Tenaga & Daya Ketahanan Fizikal - Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan menjaga kestabilan bendalir agar tidak berlaku kekeringan pada tubuh.
  • Mencegah Penyahhidratan - mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan. melembabkan kulit  dan kelihatan muda.
  • Mengekalkan Paras Gula - Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.

Nak tahu lebih terperinci Performance Drink ini, anda boleh baca di dalam entry saya yang lepas.

http://superdupersupplement.blogspot.com/2014/10/hidup-bertenaga-dengan-performance-drink.html

Terbongkar lah sudah rahsia Nor..Anda juga boleh kembali bertenaga dengan minuman ini..

Jom kita layan sedikit sebanyak photo yang di ambil pada hari perlawanan ini.


Kumpulan The Legend
Captain memberi kata-kata semangat
Game dah start
Kemenangan adalah milik KAMI


Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Nor..






Monday 3 November 2014

Kenapa Perlunya Pengambilan Omega 3 Untuk Bayi

Waktu hamil adalah antara masa yang paling penting dalam kehidupan seorang wanita. Sekarang, kita banyak mempunyai pendedahan dan pemahaman yang lebih mendalam terhadap pemakanan yang sihat ketika hamil. Banyak info yang boleh dicari melalui internet.




Pemakanan yang sihat adalah langkah pertama untuk mendedahkan janin didalam rahim untuk mendapat nutrien yang betul sebagai asas memulakan jalan ke arah kesihatan yang ideal.


Otak si manja bertumbuh dan berkembang dengan pesat di sepanjang ke tiga-tiga trimester ketika hamil dan akan dibawa pada zaman kanak-kanak. Ada kajian menunjukkan bahawa diet ibu yang kaya dengan asid lemak omega 3 dan nutrien lain dapat meningkatkan perkembangan otak dan saraf si manja semasa hamil dan ketika penyusuan susu ibu.





Lemak baik dan perkembangan otak si manja


Pembekalan kuantiti dan jenis lemak yang betul ketika hamil adalah sangat penting. Lemak sangat penting dalam diet seseorang, terutamanya bagi janin yang sedang berkembang.

Lemak merupakan sumber yang penting bagi otak dan saraf. Ia merangkumi lebih daripada 60%dari berat kering otak. Kekurangan lemak yang baik menyumbang kepada pelbagai komplikasi getaran, masalah belajar, perkembangan yang terbantut dan kejang.

Pemilihan lemak yang tepat dalam pembinaan sistem saraf dan otak bayi yang kuat adalah asik lemak politidaktepu omega 3 seperti asid dokosaheksenoik (DHA) dan eikosapentaenoik (EPA). Ia sangat penting bagi pertumbuhan dan fungsi otak bayi yang sedang membesar. DHA membantu dalam perkembangan otak dan kemahiran pembelajaran si manja, baik di dalam rahim mahukan semasa bayi. 

Pengambilan kuantiti omega 3 yang betul membolehkan otak berfungsi pada tahap yang lebih tinggi dan memastikan komunikasi yang tepat dan kerap di antara sel-sel saraf.
Kajian mendapati bahawa mengambil makanan tambahan yang mengandungi omega 3 ketika hamil amat berkesan bagi mengurangkan komplikasi seperti pra-bersalin dan pra-eclampsia (toxemia)  - penyumbang kepada kematian ibu.

Mengikut WHO dan FAO, seorang wanita hamil memerlukan sekurang-kurangnya 2.2g omega 3 dan 300g DHA setiap hari bagi memenuhi keperluan bayi dalam kandungan dan mengekalkan tahap DHA dalam darahnya.
Sumber makanan yang kaya dengan DHA merangkumi ikan berminyak seperti mackerel, ikan sardin, ikan bilis dan ikan salmon.
Lagi senang, anda boleh ambil supplement..Sudah tentu OMEGA GUARD SHAKLEE yang ternyata sangat bagus untuk perkembangan otak.


Minyak ikan terbaik untuk perkembangan otak


Apa dia peranan asid folik dalam perkembangan otak bayi anda 

Asid folik, sejenis vitamin B akan membantu mengurangkan risiko anak dalam kandungan daripada mengalami kecacatan semasa lahir, kecacatan sistem saraf, sumbing langit dan kecacatan jantung jika tidak amalkannya sebelum hamil. Setelah anda merancang untuk hamil, bakal ibu dinasihatkan mengambil 400 mikrogram asid folik sehari. Makanan yang kaya dengan asid folik merangkumi kekacang kering, sayur-sayuran hijau seperti brokoli, bayam, collard atau pun lobak hijau dan buah-buahan sitrus. Lebih senang, anda boleh ambil supplement yang ada asid folik.. Sudah tentu B-Complex dari Shaklee.


Kecacatan bayi akibat daripada kekurangan asid folik

Wanita hamil dan ibu baru perlu melengkapi diet mereka dengan nutrisi yang baik dan mencukupi. Amalan mengambil nutrien sangat penting melalui pemakanan sihat, sepanjang proses hamil terutamanya pada trimester ke dua dan ke tiga dan juga ketika penyusuan susu badan. Ia akan membantu kesihatan optimum untuk ibu-ibu dan anak-anak. 

Jika anda mahukan lebih kesenangan, sudah tentu ketika hamil anda boleh mengambil  Set Hamil Shaklee

Anda boleh pandukan entry Nor yang lepas.

http://superdupersupplement.blogspot.com/2014/10/ibu-sihat-dengan-set-hamil.html








Jika anda berminat, hubungi Nor sekarang!!



Friday 31 October 2014

Ibu dan Bayi Sihat Dengan Set Hamil

Adakah anda ibu yang sedang hamil??? Tahniah kerana tidak lama lagi anda akan menyambut kedatangan orang baru dalam hidup anda..Sudah tentu ada ada antara ibu-ibu yang buntu untuk mencari supplement yang terbaik untuk ibu serta bayi dalam kandungan. Ramai sangat sekarang ni ibu hamil tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang..Mana tidaknya.. Alahan teruk membuatkan ibu-ibu hamil tidak berselera untuk makan. Dengan secara tidak langsung perkara ini akan menjejaskan kandungan lebih-lebih lagi diawal pembesaran janin.


Melahirkan baby sangat dinantikan oleh seorang ibu

Sememangnya pengambilan yang makanan tambahan diperlukan untuk ibu hamil untuk memberikan nutrien kepada bayi anda. Pemakanan ibu hamil sangat mempengaruhi bayi yang berada dalam kandungan.



Makanan seimbang penting untuk ibu hamil

Dengan ini, Nor syorkan pengambilan vitamin Shaklee yang nyata terbukti semulajadi tanpa pewarna, perisa dan pengawet tambahan. Dan ia tidak memerlukan silica gel untuk memelihara keasliannya. Kebanyakkan vitamin/ supplement lain mengandungi silica gel, pewarna, perisa dan pengawet tambahan. Set Hamil Shaklee sangat memenuhi kehendak ibu hamil..



Set Hamil Paling Terbaik abad ini..

♡Energy Soy Protein♡ #Protein#


Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu ,hormon dan enzim di dalam tubuh. Ia sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak. Sangat penting untuk pembentukan kuku,rambut dan kulit.

Esp juga memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.Selain itu,protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.

♡Vita-lea♡ #Multivitamin#



Adalah multivitamin yang jauh lebih baik dari Obimin. Ia mengandungi 12 vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula.Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengandung dan menyusukan anaknya.Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah nak pitam atau pengsan,Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

♡B Complex♡


Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B. Suplement B complex Shaklee mengandungi asid folik, Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon .Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.


♡Sustaine Realese Vita-C♡ #Vitamin C#


Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenuhi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg. Ia mengandungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.

Vitamin C juga dapat memperkuatkan sistem imunisasi badan manusia. Ia juga membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang pentig untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.



♡Ostematrix♡ #Kalsium#



Pengambilan kalsium semasa hamil adalah mustahak. Kalsium sangat penting untuk pembinaan darah, tulang bagi ibu dan bayi. Ia juga diperlukan oleh ibu-ibu yang sedang menyusu untuk meningkatkan kualiti susu semasa menyusukan bayi. Kalsium dikatakan dapat membantu melancrkn penghasilan susu ibu. 

Oleh itu, ibu-ibu dinasihatkn mengambil ostematrix untuk menggantikan kehilangan kalsium semasa menyusu. Jika tahap kalsium di dalam badan ibu kritikal dan rendah, ia dikuatiri ibu ini mungkin akan mendapat risiko osteoporosis, kerap rasa sengal dibahagian kaki, sakit tulang belakang dan mudah rasa letih serta lesu.

Omega Guard♡ #Omega 3#



Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.Ianya juga membnatu memecahkan lemak di dalam tubuh kita.Jadi ia membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.

Memang bagus untuk SET HAMIL shaklee.. Dijamin HALAL dan selamat. Dan seharusnya ibu hamil sangat memerlukan pengambilan supplement ini.

Hubungi Nor segera!!!!








Thursday 30 October 2014

Tips Bagi Mengatasi Pergaulan Bebas di Kalangan Remaja

Sekarang ini zaman globalisasi, remaja kita harus diselamatkan dari globalisasi. Ini kerana globalisasi ini ibaratnya kebebasan dari segala aspek. Sehingga banyak kebudayaan-kebudayaan yang asing yang masuk ke negara kita, sedangkan budaya ini tidak sesuai dengan kehidupan kita. Generasi muda adalah penggalas utama diharapkan di masa depan mampu meneruskan kepemimpinan agama dan bangsa ini agar lebih baik.
Risau kan jika anak-anak remaja kita terjebat dalam masalah pergaulan bebas ini.. Masakan tidak, apa yang berlaku adalah diluar pengetahuan orang tua..Nauzubillah.. Minta dijauhkan dari anak cucu kita..Amin.
Pergulan bebas merupakan adalah salah satu penyakit kaula zaman sekarang. Selalunya mereka ini memberi alasan ingin berteman dan akhirnya mereka terjebak dengan pergaulan bebas yang boleh cenderung kepada pengaruh negatif.
Bagaimana cara untuk mengatasi para remaja daripada masalah pergaulan bebas??? Jom kita baca tips mengatasi masalah pergaulan bebas di kalangan remaja.

  • Belajar ilmu agama - Fahami ilmu agama dengan baik untuk menjadi keteguhan dalam hati anak remaja kita supya tidak melakukan perkara-perkara yang negatif. Agama merupakan benteng paling teguh untuk mencegah seseorang berbuat perkara negatif kepada diri sendiri atau orang di sekeliling.
  • Pendidikan daripada ibubapa - Peranan ibubapa sangat penting untuk mendidik anak remaja supaya tidak cenderung ke arah perkara negatif. Ibubapa perlu memantau pergerakkan anak-anak remaja dan menyekat perjalanan sosial mereka.Jika ibubapa mengabaikan tanggungjwab mereka dan keluarga yang bermasalah, anak remaja boleh terjebak dengan pergaulan bebas kerana mereka boleh mengalami broken home.
  • Menyibukkan diri dalam aktiviti bermanfaat - Anak remaja perlu menyibukkan diri dengan kegitan yang bermanfaat supaya fikirannya tidak berarah kepada perkara negatif. Sentiasa melakukan aktiviti baik seperti beriadah, membaca dan mendengar ceramah supaya tidak leka
  • Memilih Pergaulan yang baik - Baik buruknya sesorang itu, ianya sangat dipengaruhi oleh rakan-rakannya. Jadi remaja perlu memilih sahabat yang berbuat kebaikan dan secara tidak langsung, kita akan mengikuti jejak baiknya itu.
Keluarga bahagia 

Semoga info ini memberi sedikit sebanyak kesedaran bagi kita...Amin...





Wednesday 29 October 2014

Pentingnya Vitamin D untuk Tubuh Kita

Semakin kita berusia, kemampuan kita untuk melawan jangkitan dan masalah kesihatan lain akan berkurangan dengan ketara. Sistem imun, yang bertanggungjawab untuk melawan jangkitan, dalam kalangan orang dewasa tidak lagi berfungsi secekap seperti dalam kalangan orang muda.
Antara kesan serius daripada kekurangan tersebut adalah kadar penyakit kanser, radang paru-paru, dan selesema yang lebih tinggi. Lebih-lebih kita selalu tidak mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang.
Vitamin D3 membantu tulang menyerap kalsium. Selain daripada itu, vitamin D kini didapati berguna untuk seluruh badan, daripada memperkukuhkan sistem imun, hingga ke pengawalan pertumbuhan sel.
Lebih daripada 2,000 gen (kira-kira 6% daripada genom manusia) dikawal oleh vitamin D. Hakikat bahawa setiap tisu di dalam badan, termasuk otak, jantung, payudara, otot dan sistem imun, mempunyai reseptor bagi vitamin D bermakna ia diperlukan pada tahap yang optimum untuk tisu ini berfungsi dengan baik.
Salah satu fakta yang mengejutkan adalah dianggarkan hampir 50% daripada penduduk dunia lebih-lebih lagi di Malaysia mempunyai risiko kekurangan vitamin D3. Ia adalah nutrien semulajadi yang dihasilkan dalam badan kita daripada pendedahan kepada cahaya matahari. Ia dihasilkan sebagai pro-hormon di dalam kulit selepas pendedahan kepada cahaya matahari, dan kemudian ditukar kepada bentuk hormon yang kuat hanya apabila tubuh memerlukannya.
Vitamin D sangat penting

Pada hakikatnya, apabila kita semakin tua, kita kehilangan keupayaan untuk menukarkan cahaya matahari kepada vitamin D dalam badan kita. Walau bagaimanapun, kekurangan tersebut boleh diatasi dengan makanan tambahan dalam bentuk vitamin D3.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa kajian yang dijalankan mengenai manfaat vitamin D3 dalam pelbagai keadaan, seperti kanser, kesihatan jantung, diabetes dan penyakit Parkinson.
Didapati bahawa tahap rendah vitamin D dalam darah dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser. Mereka yang mempunyai tahap vitamin D yang lebih rendah mempunyai risiko mendapat kanser yang lebih tinggi daripada mereka dengan tahap vitamin D yang lebih tinggi.
Salah satu kanser yang pertama dikenal pasti sebagai mempunyai kaitan dengan vitamin D adalah kanser payudara. Sekarang terdapat bukti bahawa vitamin D mengurangkan risiko kanser payudara, memandangkan ianya telah dibuktikan dapat menghalang pertumbuhan tumor kanser payudara.

Ramai pakar kesihatan mengesyorkan 1,000 I.U. hingga 2,000 I.U. vitamin D3 sehari untuk tujuan mengurangkan risiko penyakit seperti kanser, osteoporosis, keradangan, strok, serangan jantung kronik dan selesema.
Apakah produk Shaklee yang kandungannya ada Vitamin D??? 
Sudah tentu jawapannya ADA.. Produk shaklee banyak kelebihannya. Salah satu produk shaklee yang ada kandungan vitamin D dan memberi kalsium kepada tulang adalah Ostematrix



Ostematrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 
Shaklee Ostematrix Membekalkan : 

1) 1000mg (100% Pengambilan Harian) unsur Kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi. 

2) 400mg (100% Pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. 3) 400IU (100% Pengambilan Harian ) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.

3)   4 biji ostematrix sehari anda boleh mendapat 1600 I.U.

Siapakah yang memerlukan OSTEMATRIX
~ mereka yang berisiko mengalami osteoporosis
~ mereka yang mempunyai tekanan darah yang tidak seimbang
~ ibu-ibu menyusu dn ibu mengandung
~ mereka yang selalu kebas-kebas dan lenguh-lenguh tangan dan kaki
~ mereka yang tidak suka susu
~ mereka yang selalu mengalami kekejangan dan cramp.

Hh...pendek kata semua boleh ambil Ostematrix nie.. Sangat penting untuk tubuh badan kita... SO baik kita mencegah daripada mengubati...

Sudah tentu anda berminat nak mencuba kan!!.

cepat-cepat hubungi saya (CtNor)