Semakin
kita berusia, kemampuan kita untuk melawan jangkitan dan masalah kesihatan lain
akan berkurangan dengan ketara. Sistem imun, yang bertanggungjawab untuk
melawan jangkitan, dalam kalangan orang dewasa tidak lagi berfungsi secekap
seperti dalam kalangan orang muda.
Antara
kesan serius daripada kekurangan tersebut adalah kadar penyakit kanser, radang
paru-paru, dan selesema yang lebih tinggi. Lebih-lebih kita selalu tidak mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang.
Vitamin D3 membantu tulang menyerap kalsium. Selain daripada
itu, vitamin D kini didapati berguna untuk seluruh badan, daripada
memperkukuhkan sistem imun, hingga ke pengawalan pertumbuhan sel.
Lebih
daripada 2,000 gen (kira-kira 6% daripada genom manusia) dikawal oleh vitamin
D. Hakikat bahawa setiap tisu di dalam badan, termasuk otak, jantung, payudara,
otot dan sistem imun, mempunyai reseptor bagi vitamin D bermakna ia diperlukan
pada tahap yang optimum untuk tisu ini berfungsi dengan baik.
Salah satu
fakta yang mengejutkan adalah dianggarkan hampir 50% daripada penduduk dunia lebih-lebih lagi di Malaysia mempunyai risiko kekurangan vitamin D3. Ia adalah nutrien semulajadi yang
dihasilkan dalam badan kita daripada pendedahan kepada cahaya matahari. Ia
dihasilkan sebagai pro-hormon di dalam kulit selepas pendedahan kepada cahaya
matahari, dan kemudian ditukar kepada bentuk hormon yang kuat hanya apabila
tubuh memerlukannya.
![]() |
Vitamin D sangat penting |
Pada
hakikatnya, apabila kita semakin tua, kita kehilangan keupayaan untuk
menukarkan cahaya matahari kepada vitamin D dalam badan kita. Walau
bagaimanapun, kekurangan tersebut boleh diatasi dengan makanan tambahan dalam
bentuk vitamin D3.
Dalam
tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa kajian yang dijalankan mengenai
manfaat vitamin D3 dalam pelbagai keadaan, seperti kanser, kesihatan jantung,
diabetes dan penyakit Parkinson.
Didapati
bahawa tahap rendah vitamin D dalam darah dikaitkan dengan peningkatan risiko
kanser. Mereka yang mempunyai tahap vitamin D yang lebih rendah mempunyai
risiko mendapat kanser yang lebih tinggi daripada mereka dengan tahap vitamin D
yang lebih tinggi.
Salah
satu kanser yang pertama dikenal pasti sebagai mempunyai kaitan dengan vitamin
D adalah kanser payudara. Sekarang terdapat bukti bahawa vitamin D mengurangkan
risiko kanser payudara, memandangkan ianya telah dibuktikan dapat menghalang
pertumbuhan tumor kanser payudara.
Ramai
pakar kesihatan mengesyorkan 1,000 I.U. hingga 2,000 I.U. vitamin D3 sehari
untuk tujuan mengurangkan risiko penyakit seperti kanser, osteoporosis,
keradangan, strok, serangan jantung kronik dan selesema.
Apakah produk Shaklee yang kandungannya ada Vitamin D???
Sudah tentu jawapannya ADA.. Produk shaklee banyak kelebihannya. Salah satu produk shaklee yang ada kandungan vitamin D dan memberi kalsium kepada tulang adalah Ostematrix.
Ostematrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Shaklee Ostematrix Membekalkan :
1) 1000mg (100% Pengambilan Harian) unsur Kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.
2) 400mg (100% Pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. 3) 400IU (100% Pengambilan Harian ) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.
3) 4 biji ostematrix sehari anda boleh mendapat 1600 I.U.
Siapakah yang memerlukan OSTEMATRIX
~ mereka yang berisiko mengalami osteoporosis
~ mereka yang mempunyai tekanan darah yang tidak seimbang
~ ibu-ibu menyusu dn ibu mengandung
~ mereka yang selalu kebas-kebas dan lenguh-lenguh tangan dan kaki
~ mereka yang tidak suka susu
~ mereka yang selalu mengalami kekejangan dan cramp.
Hh...pendek kata semua boleh ambil Ostematrix nie.. Sangat penting untuk tubuh badan kita... SO baik kita mencegah daripada mengubati...
Sudah tentu anda berminat nak mencuba kan!!.
cepat-cepat hubungi saya (CtNor)
Baru ku tahu kekurangan Vitamin D salah satu penyebab breast kanser..
ReplyDeleteBAGAIMANA UNTUK MENGHIDANGKAN SAYUR KEPADA ANAK-ANAK
nak berjemur pun skang bukan main tercemar lagi udara...
ReplyDeleteShampoo Untuk Rambut Gugur
Baru tau kekurangan vitamin d penyebab kanser payudara..Ostematrix memang terbaik..saya selalu kejang kaki lepas bersalin anak pertama tp lepas amik oste terus hilang..Alhamdulillh
ReplyDeleteSoya Bahaya untuk kesihatan??