Saturday 11 October 2014

Kuasa Sentuhan

Salam sayang buat anda semua pembaca blog yang Nor sayangi..
Entry Nor untuk malam indah ini mengenai Kuasa Sentuhan lagi-lagi antara ibu dan anak.. Sebenarnya ilham ini terjadi selepas Nor membaca majalah lama PA & MA. Sambil-sambil melayan kerenah si kecik Nor yang comel nie.


Sentuhan adalah komunikasi di awal kelahiran bayi. Ada kajian yang dilakukan mengenai perkembangan bayi seluruh dunia mendapati kuasa sentuhan memberikan kesan positif kepada bayi.. Terasa indah bila ibu bersentuhan dengan bayi. Teringat Nor di saat-saat awal melahirkan si kecik ini.

Anda mesti ambil tahu..

  1. Bayi yang baru dilahirkan mampu merasa sentuhan daripada ibu dan ayahnya. Sentuhan yang dilakukan dengan kasih sayang dapat menenangkan bayi yg berada dalam keadaan tidak selesa
  2. Ketika baru dilahirkan, tangannya sentiasa dalam keadaan seperti menggenggam sesuatu dan bayi sentiasa menggerakkan anggota badannya seperti tangan dan kaki.
  3. Peluk, dukung dan mengurut bayi adalah merupakan satu cara untuk meransang deria sentuhan. Jangan biarkan bayi bersendirian terlalu lama.
  4. Sentuhan membuatkan bayi merasa dirinya selamat dan dilimdungi oleh ibubapanya. Pegang dan belai lah tangannya. Kemudian sentuh di bahagian belakangnya. Sentuhan ni membuatkan bayi terasa selesa.
  5. Bagi bayi pramatang pula, sentuhan adalah terapi baginya. Ia adalah keperluan untuk menambahkan berat badannya dan juga mengurangkan tekanan kesakitan yang dialami oleh bayi. Sekali gus ia mampu memberikan kesihatan yang baik kepada bayi pramatang.
  6. Sebelum bayi dapat melihat dengan jelas, melalui sentuhan bayi belajar tentang dunia persekitarannya, emosi dan fizikal


Fakta yang perlu anda tahu
Saiz otak bayi ketika dilahirkan ialah 25% daripada saiz otak orang dewasa. Manakala bayi ketika dilahirkan dibekalkan dengan 100 bilion sel. Otak bayi akan berkembang dengan sempurna sekiranya mendapat zat yang seimbang dari pemakanan, dijaga dari sebarang kecederaan fizikal dan mendapat ransangan yang betul.

Hah..ini saja yang dapat Nor kongsikan. Sekurang-kurangnya dapat memberi pengetahuan yqng berguna buat bakal ibu-ibu... 


0 comments:

Post a Comment