Monday 29 September 2014

Adakah Kanser Jika Payudara lelaki Membesar??

Assalamualaikum buat semua pembaca blog yang Nor sayangi..

Tajuk entry Nor untuk kali ini berkenaan kesihatan lelaki yang kebanyakkan tidak mengendahkan tahap kesihatan mereka. Memang ramai kaum lelaki tidak mengetahui tahap kesihatan mereka. Almaklum saja la..Jika tidak berasa sakit yang kritikal, mereka tidak membuat pemeriksaan yang lebih terperinci. Jauh berbeza dengan wanita.. Apabila mengandung, mereka akan membuat pemeriksaan dan di situ biasanya mereka akan mengetahui tahap kesihatan mereka.

Ok.. Seperti kaum hawa, lelaki juga memiliki tisu payudara cuma ianya dalam jumlah yang sedikit dan tidak berfungsi iaitu tidak menghasilkan susu. Tisu ini lebih tertumpu kepada di bahagian bawah puting. Ketika baligh, kelenjar ovari pada kanak-kanak perempuan akan merembeskan sejenis hormon wanita iaitu estrogen yang akan membesar dam membentuk payudara wanita dewasa.



Manakala bagi kanak-kanak lelaki, bahagian testis akan merembeskan hormon lelaki yang dinamakan testosteron yang akan menghindari tisu payudara ini dari membesar.




Apabila dewasa, pembesaran payudara lelaki ditermakan sebagai gynecomastia . Ia kerap berlaku pada ke dua-dua belah payudara dan jarang membesar cuma sebelah sahaja. Bahagian payudara yang membesar ini juga mungkin terasa sengal dan lebih sensitif dari biasa.

Gynecomastia ini boleh berlaku seiring dengan peningkatan usia (berusia 40-an ke atas) adalah salah satu disebabkan oleh penurunan hormon testosteron. 




Jom kita baca apa perbezaan antara kanser payudara dan Gynecomastia bagi kaum lelaki.

Kanser payudara
Kanser ini memang boleh terjadi pada lelaki dan merupakan 1% dari seluruh kes kanser payudara. Di Malaysia, Daftar Kanser Kebangsaan melaporkan  56 kes pada tahun 2003. Pada tahun 2002, kanser payudara dikesan di kalangan 26 lelaki melayu, 22 lelaki cina dan 5 lelaki india. 71% (40 daripada mereka) daripada mereka yang didiagnosis  adalah berumur 50 tahun atau lebih. 
Antara tanda-tanda yang menunjukkan ke arah kanser payudara ialah :-
=> Sering berlaku hanya pada sebelah bahagian dada sahaja.
=> Tertumpu di bahagian tengah iaitu di sekitar puting
=> Ketulannya keras dan tidak sakit
=> Putingnya tertarik ke dalam
=> Berlaku perubahan kulit (dimpling)
=> Puting mengeluarkan cecair
=> Pembesarab kelenjar di bahagian ketiak 

Majoriti kes kanser payudara lelaki berlaku di kalangan pesakit lingkungan umur 50-an atau 60-an. Sama seperti kaum wanita, gen kanser payudara, faktor kekeluargaan, kesan lampau terdedah kepada radiasi juga membawa kesan kepada kaum lelaki dan meningkatkan risiko mereka menghidap kanser payudara.

Gynecomastia
Untuk memahami lebih lanjut tentang gynecomastia, di sini Nor kongsikan faktor penyebab utama masalah ini.
=> Malnutrisi
=> Masalah orgen seks (testis) lelaki
=> Kesan sampingan ubat

Pentingnya melakukan pemeriksaan kesihatan yang menyeluruh bagi mengetahui punca gynecomastia yang sebenarnya.  Di samping itu, anda boleh mengamalkan gaya hidup sihat bagi mencegah/ merawat hipertensi seperti:-
=> Elakkan makanan yang tinggi kandungan garam dan lemak
=> Elakkan stress dan kawal emosi agar ceria selalu
=> Dapatkan tidur dan rehat yang mencukupi
=> Elakkan daripada merokok
=> Lakukan senaman selama 40 minit sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
=> kawal berat badan
=> Amalkan suplemen yang sihat seperti SHAKLEE


Set Kesihatan Lelaki Shaklee


Manfaat Set Kesihatan Lelaki adalah :-

  • Memelihara kesihatan prostate
  • Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
  • Memelihara jantung yang sihat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal
  • Mengawal tahap kolesterol yang sihat
  • Merapatkan hubungan seks suami isteri
Jom kita baca sikit info tentang 

Omega Guard => adalah minyak ikan tulen untuk meningkatkan kesihatan kardiovaskular, memelihara tekanan darah, kesihatan otak dan jantung seta sendi dan penglihatan.

Vita -E => Memelihara kesihatan jantung, otot dan prostat selain meningkatkan fungsi paru-paru, kolon dan sistem imun tubuh. Ia juga membantu dalam penghasilan hormon seks untuk meningkatkan penampilan, mood dan kehendak.

Zinc => Merupakan mineral penting bagi tubuh. Ia merangsang tindakan enzim selain memainkan peranan dalam organ seks lelaki. Selain itu, ia meningkatkan paras testosteron untuk kehidupan seksual yang lebih baik.

Usia akan terus meningkat. Yang muda pasti temui tua yang kecil pasti temui dewasa. Tiada yang mampu menyekatnya. Namun suplemen yang baik mampu mencegah penyakit seiring dengan peningkatan usia. Bak kata orang, mencegah adalah lebih baik daripada merawat.


Anda berminat??? Ingin keterangan lanjut??



5 comments:

  1. Owh, rupanya boleh terjadi kepada lelaki juga ye.. Jadi, berhati-hati lelaki di luar sana. Jangan pandang remeh dan ingat hanya wanita sahaja yang boleh kena kanser payudara ni. Thanks for sharing sis...

    Jemput baca>>> Set Berpantang Shaklee Secara Normal Dan Pembedahan

    ReplyDelete
  2. Lelaki-lelaki di luar sana..cegah sebelum terlambat

    Sedang Menyusu? Jemput Baca -->> AWAS MINUMAN BERKAFEIN BAGI IBU MENYUSU

    ReplyDelete