Friday 19 September 2014

Anak Manja Membentuk Sikap Ego & Kurang Peka

Salam Jumaat buat pembaca blog yang Nor sayangi...
Hari nie Nor just nak share apa yang Nor baca dalam psikologi anak membuat Nor pun takut. Tajuk pun Nor rasa takut memandangkan anak bujang Nor tersangat-sangat la manja...
So perkara ini adalah info penting untuk Nor.

Merengek, menangis dan memberontak. Reaksi ini adalah antara perilaku anak manja ketika permintaannya tidak dipenuhi. Sebagai ibubapa, bagaimana sikap anda apabila berhadapan dengan anak manja ini???

Selain itu, timbul pertanyaan sehingga bila anak perlu dimanjakan??? Sukar untuk dijawab oleh ibubapa yang kebetulannya anak mereka sangat manja. Hakikatnya tidak ada batasan umur pada anak-anak yang tergolong sebagai manja. Apabila manjanya tidak keterlaluan, ia masih boleh dikawal agar sikapnya boleh negatif secara berterusan.

Perkara ini menjadikan anak tidak berdikari, banyak bergantung pada orang bahkan anak pergunakan sikap manjanya untuk sendapat sesuatu dengan mudah..

Anak bagaikan kertas putih dan tugas ibubapa adalah orang untuk membentuk sikap dan peribadi anak-anak termasuk perilaku manja. Jika dibiarkan manjanya berterusan,ia boleh membentuk sikap egois dan kurang peka terhadap persekitaran. Semua orang harus menuruti keinginannya atau anak akan merajuk untuk mendapatkan apa yang diingini.


Kurang berusaha
Sikap manja ini juga memberi impak negatif kepada anak-anak. Anak akan kurang berusaha dan kurang bermotivasi.

Serba dilayani
Faktor utama yang mendorong kepada pembentukan sikap anak manja ialah persekitaran dan sikap ibubapa.
Dari segi persekitaran, ia dikaitkan dengan persekitaran anak yang hidup dalam lingkungan serba dilayani berbanding dengan persekitaran anda yang tidak mempunyai kemudahan.
Ibubapa pula tidak tega sehingga enggan membiarkan anak untuk berdikari.

Apabila anak dibiarkan manja tanpa ada tindakan daripada ibubapa, maka anak akan sukar berdikari dan hanya bergantung kepada orangblain sangat tinggi. Anak juga menjadi kurang berinisiatif.

Cara untuk mengubah

Berikut ada beberapa prinsip pengasuhan untuk mengatasi anak manja sehingga diharapkan perilaku anak itu akan berubah

  • Sediakan peraturan yang jelas untuk anak. Misalnya ada waktu tidur, makan, bermain, makanan yang boleh atau tidak boleh dan peruturan lain.
  • Anak boleh memilih tetapi pastikan bahawa pilihan tersebut sesuai dengannya. Misalnya, bukan memberi pilihan tidur siang atau tidak kerana anak pasti menjawab tidak. Nanum oilihan untuk tidur siang atau berehat sambil membaca buku.
  • Terlalu banyak larangan akan menyebabkan anak tidak percaya pada diri dan takut untuk mengeksplorasi persekiran.
  • Peraturan harus konsisten dan jarangan menyerah pada rengekan anak. Ibubapa harus bersikap tegas terhadap peraturan yang dibuat.
  • Beri penghargaan atas setiap kejayaan anak dan jika anak bersabar atas larangan ibubapa
  • Biarkan anakbereksplorasi, namun pastikan bahawa persekitaran selamat untuk anak.
  • Dorong anak untuk melakukan sesuatu sendiri sesuai dengan tahap usianya. Misalnya membuka seluar sendiri untuk anak 3 tahun, menyiapkan keperluan sekolah untuk anak berumur 7 tahun. 

Inilah yang dapat Nor kongsikan untuk anda semua khususnya untuk sesiapa yang bergelar ibubapa. Juga untuk diri Nor sendiri..

Semoga kita semua menjaga amanah yang Allah berikan dengan sebaik mungkin...

5 comments:

  1. Kadang-kadang manja sbb mintak perhatian kita..ank sy pn manja.. pdhl rasanya tak de la sy manjakan dia sgt..huu


    Risau Anak Selalu Demam? Jemput Baca -->> MAKANAN UNTUK ANAK DEMAM

    ReplyDelete
  2. macam-macam ragam..haha...

    ketahui kunci rezeki di http://shkleika.blogspot.com/2014/09/10-langkah-menjemput-rezeki.html

    ReplyDelete
  3. Manja ni kadang-kadang bersebab. Dia mahukan perhatian kan??

    Jemput baca >> Bahaya Alfalfa Yang Patut Anda Tahu Dan Faham

    ReplyDelete
  4. isk..isk, memang tak patut...

    ADA MASALAH RABUN? ANDA WAJIB BACA ----> Caratomax Shaklee

    ReplyDelete
  5. Anak-anak mahukan perhatian lebih daripada ibu bapa.

    Khasiat Herblax

    ReplyDelete