Showing posts with label Set Menyusu. Show all posts
Showing posts with label Set Menyusu. Show all posts

Monday, 13 October 2014

Ketahui Makanan Yang Perlu Di Elakkan Oleh Ibu Menyusu

Salam sayang buat semua pembaca blog yang Nor sayangi.

Tajuk entry untuk kali ini mengenai makanan yang perlu di elakkan oleh ibu-ibu yang sedang menyusu bayi lebih-lebih lagi bayi yang berusia 6 bulan ke bawah. Ibu menyusu perlu menambahkan makanan berkhasiat dalam hidangan setiap hari bagi manyalurkan susu yang terbaik untuk bayi anda. 

Anda sebagai ibu bapa perlu monitor supaya anak tidak meragam, muntah seperti muak, kembung perut atau alahan.

Jom..kita baca apa yang perlu dielakkan oleh ibu menyusu.

1. Mengambil minuman berkafein.
>>  Susu yang terhasil setelah si ibu meminum kopi atau teh akan membuatkan bayi tidak selesa, meragam dan boleh menyebabkan bayi sukar untuk tidur. Ini kerana bayi tidak dapat mengeluarkan kafein daripada badannya secara efisen seperti orang dewasa.

2. Memakan terlalu banyak buah-buah citrus
>> Jika terlalu banyak makan buah citrus seperti lemon dan oren akan mengganggu sistem gastro-usus dan penghadaman bayi yang kurang matang. Ini menyebabkan bayi akan meragam, menangis atau boleh juga terjadi ruam lampin.

3. Alkohol
>> Sudah sedia maklum, pengambilan alkohol adalah dilarang oleh agama.Jika si ibu mengambil alkohol, kesan sampingan boleh terjadi kepada bayi yang disusuinya.. Oleh itu kita perlu hindarinya.

4. Makanan yang pedas dan berempah
>> Ini perlu dihindari kerana makanan yang pedas membuatkan rasa tidak selesa kepada bayi.. Susu ibu adalah berlain perisa tau. Jika si ibu makan pedas, susu akan berasa pedas.. Jadi, elakkan makan makanan yang pedas.

5. Makanan yang berada di laut
>> Makanan di laut seperti kerang, ikan yu mempunyai tahap kandungan merkuri yang tinggi. Ia akan menjejaskan otak dan sistem saraf bayi.

6. Makanan bergandum
>> Terpulang kepada tahap ketahanan bayi..Jika bayi tidak selesa, menangis tanpa henti atau najisnya berdarah, si ibu perlu la berhenti makan makanan jenis ini bagi mengelakkan masalah lain timbul kepada bayi.

Untuk menambahkan khasiat susu ibu, anda boleh juga mengambil supplement. Sudah tentu Nor syorkan SET MENYUSU SHAKLEE untuk pengambilan harian ibu menyusu.

Tak perlu berbelanja mahal-mahal.. Dengan mengambil set menyusu yang paling basic  Alfalfa dan ESP, anda telah mendapat susu yang berkualiti.



set menyusu bajet

Kenapa Nor cakap begitu???

Kerana............... 

ESP (Energizing Soy Protein)

Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.


Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? 
Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.


ALFALFA
Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu. Dalam penyusuan, alfalfa dikenali sebagai MILKBOOSTER.Selain itu, ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan!), dan bantu buang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik (angin dalam badan).


Hah!!!! Nak anak pandai dan bijak??


Rahsia Nor adalah dengan mengambil omega guard yang kaya dengan DHA DAN EPA.
Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

OmegaGuard SHAKLEE merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan Omega Guard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.




So anda nak cuba tak?? 
Set Menyusu yang dipercayai bagus untuk membekalkan susu yang berkhasiat.
tak caya?? Jom cuba dulu!

Hubungi Nor untuk keterangan lanjut









Sunday, 12 October 2014

Kepentingan Alfalfa Untuk Ibu Menyusu

Salam sayang buat pembaca blog yang Nor sayang.. Tajuk entry Nor kali ini mengenai kepentingan Alfalfa lebih -lebih lagi ibu-ibu breasfeed.

Daun dan akar alfalfa

Mungkin ramai yang sudah tahu, kebaikan dan khasiat yang boleh diperolehi daripada Alfalfa Complex Shaklee. Alfalfa Complex dihasilkan daripada tanaman Alfalfa (Medicago Sativa) secara organik (bebas dari pestisid, herbasid, dan menggunakan bahan baja bebas kimia. Alfalfa mengambil masa 2 tahun untuk membesar, akarnya boleh mencecah sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap nutrisi, daunnya pula kaya dengan klorofil. Daun Alfalfa dituai apabila ia capai tahap matang, ia dikeringkan dengan udara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Setiap tablet Alfalfa Complex Shaklee mengandungi 300mg Alfalfa.

Alfalfa kaya dengan pelbagai nutrisi seperti:
¤ Protein
¤ Asid Amino
¤ Klorofil
¤ Serat
¤ 15 Zat Galia
¤ 10 Vitamin
¤ 8 Enzim
¤ Fitokimia


Alfalfa shaklee yang the best

Alfalfa juga  merupakan supplement penting untuk ibu-ibu breastfeed. Ia dikenali sebagai MILKBOSTER. Alhamdulillah.. Dengan mengambil alfalfa dan ESP, Nor juga dapat BF anak Nor yang sekarang sudah pun berusia 1 tahun 8 bulan. Alfalfa turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pada bayi..susah nak kena kembung.

Lain-lain manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan

1. Merawat gangguan pencernaan
2. Mengawal kolesterol dalam darah
3. Menghapuskan kolesterol buruk 'LDL' dari tubuh
4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5. Bagus untuk penyakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6. Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7. Mengurangkan symptom menopause
8. Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9. Merawat masalah sembelit
10. Menyahkan toksik dalam tubuh
11. Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13. Membantu masalah penghadaman
14. Mengurangkan masalah pundi kencing
15. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
16. Meningkatkan kesihatan prostat
17. Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
18. Menghangatkan hubungan suami isteri

Ternyata kan banyak khasiat alfalfa shaklee ini. Bagi Nor, Nor ambil alfalfa untuk nak banyakkan susu.. Tetapi Nor dapat BONUS yang lainnya. So masalah keputihan yang Nor alami dulu sekarang dah tiada lagi.

Ini dia susu yang nor perah dgn menggunakan tangan

Stok EBM masih ada walaupun anak sudah 1thn 8bln

Anda juga ingin mencuba??
Jom cepat-cepat hubungi Nor.



Wednesday, 1 October 2014

Masalah Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum buat semua pembaca...
lagi-lagi Nor fokus kepada bab-bab penyusuan..

Penyusuan ibu adalah proses semulajadi. Walau bagaimanapun dalam masa 2 minggu pertama, penyusuan mungkin sukar bagi ibu terutamanya mereka yang mengalami pengalaman yang pertama. Antara beberapa masalah yang mungkin dialami oleh setengah ibu adalah seperti:-
> Kebengkakkan payudara
> Puting melecet
> Tidak cukup susu

Kebengkakkan payudara



Antara sebab-sebabnya:

Kebengkakkan payudara adalah disebabkan peningkatan isipadu susu yang mengakibatkan kongesi salur darah di dalam payudara. Ia berlainan dengan kepadatan payudara. Payudara yang padat masih boleh ditekan, lembut dan fleksibel.

Tanda-tanda dan gejala :
Antara tanda-tanda kebengkkan payudara adalah 
=> Payudara menjadi keras dan sakit
=> Bahagian areola kelihatan pejal dan berkilat 

Ia akan menyebabkan kesukaran untuk bayi menyusu dan kesukaran untuk mengeluarkan susu.Si ibu boleh menjadi demam jika berlaku perkara seperti ini.

Untuk mengatasi masalah ini, perkara yang perlu dilakukan adalah

~ Jangan berhenti penyusuan
~ Susukan bayi dengan sekerap yang boleh
~ Sebelum membuat penyusuan, keluarkan sedikit susu untuk melembutkan payudara supaya mudah untuk bayi menghisapnya.
~ Selepas penyusuan. jika berasa susu masih bengkak, keluarkan susu yang ada.boleh pump atau menggunakan kaedah marmet.
~ Tuam payudara dengan menggunakan tuala dan air suam untuk melancarkan pengaliran susu
~ Teknik penyusuan juga mesti betul.

Puting melecet



Antara sebab-sebabnya :
=> meletakkan bayi dalam posisi yang salah
=> Teknik penyusuan yang salah
=> Faktor-faktor lain seperti
    > Ekzema puting - berlaku apabila puting menjadi merah kehitaman, gatal dan bengkak
    > Seriwan  - Jangkitan kulat yang disebabkan candida albicaus.Ia bermula dengan gatal.

Untuk mengatasi masalah ini, perkara yang perlu dilakukan adalah

~ Jangan hentikan penyusuan
~ Periksa samada anda menggunakan teknik yang betul semasa melekapkan bayi ke payudara.
~ Perahkan sedikit susu dan sapukan pada puting. Ia boleh memulihkan puting yang melecet
~ tidak perlu menggunakan losyen
~ Sekira tiada perubahan, berjumpa lah dengan doktor untuk memastikan samada terdapat jangkitan kulat atau ekzema.

Untuk mencegah perkara ini berlaku:
> pastikan posisi ibu dan teknik bayi ke payudara adalah betul
> elakkan memakai coli yang diperbuat daripada badan sintetik kerana ia meningkatkan perpeluhan dan kurang aliran udara.
> bersihkan payudara dengan air biasa. jangan menggunakan air sabun kerana ia boleh mengeringkan kulit.

Tidak cukup susu

Tidak cukup susu adalan alasan yang sering diberikan oleh ibu untuk berhenti menyusukan bayi atau menambahkan dengan susu formula. Penghasilan susu ibu berkurangan adalah disebabkan oleh kurang stimulasi akibat perkara-perkara berikut :-

> Ibu tidak membenarkan bayi menyusu seberapa kerap. 
> Bayi tidak melekap dengan betul dan bayi tidak dapat menyusu dengan berkesan
> Ibu berhentikan penyusuan di waktu malam dengan lebih awal
> Ibu menyusu babyinya dengan sebelah sahaja
> Ibu kurang yakin dengan kebolehannya untuk menyusu bayi
> Ibu mengalami tekanan emosi

Dalam penyusuan emosi ibu memainkan peranan yang penting.Bukan setakat itu sahaja, pemakanan ibu menyusu juga penting untuk memastikan bayi anda dapat susu yang berkualiti.

Ingat!! Pastikan payudara anda dikosongkan selepas menyusu untuk pengaliran susu baru.
Jangan cipta alasan ye wahai ibu-ibu...
Ingat!!!!!!! Susu ibu ni adalah hak anak. itu adalah rezekinya.

Untuk ibu-ibu yang ingin menguatkan lagi semangat penyusuan ini, JOM try supplement SET MENYUSU SHAKLEE.


Set Menyusu shaklee

ESP ~ Mengandungi Isoflavone yang bertindak seperti hormon estrogen, membantu dalam meningkatkan penghasilan susu. Disamping itu soya yang mengandungi protein yang tinggi untuk bayi anda.

Alfalfa ~ MILK-BOOSTER. Digunakan untuk meningkatkan penghasilan susu. Di samping itu, alfalfa bagus untuk kesihatan buah pinggang, membuang toksin dan wanita yang mengalami keputihan.

Vita C ~ Untuk mengoptimumkan imun ibu dan bayi. Disamping itu ia boleh membantu dalam penghasilan kolagen.

Vita-Lea ~ Penting untuk ibu dan bayi kerana ia mempunyai nutrisi lengkap bagi memastikan kesihatan yang sempurna dari segala aspek kesihatan.

B-Complex ~ Untuk perkembangan saraf untuk bayi anda disamping memastikan kesihatan mata, mulut dan kulit ibu serta bayi. Ia juga bertindak untuk menghasilkan tenaga dan darah.

Ostematrix ~ Ia sangat penting untuk memastikan gigi dan tulang bayi dan ibu mendapat kalsium yang mencukupi. Jika ibu tidak mengambil kalsium, kalsium yang sedikit ada apa ibu akan diserap bagi menghasilkan susu. Lama kelamaan terutamanya ibu yang mempunyai anak yang ramai akan mengalami tulang yang rapuh, gigi cepat rongak dan masalah belakang membongkok. Adalah penting untuk mengambil kalsium yang mencukupi.


Untuk ibu yang ingin mencuba SET MENYUSU SHAKLEE, cepat-cepat hubungi Nor..Insyaallah, segala masalah Nor cuba membantu bagi menyelesaikan masalah penyusuan anda!!





Thursday, 25 September 2014

Teknik Penyimpanan Susu Ibu

 Salam sayang buat semua pembaca blog yang Nor sayangi..

Memandangkan Nor masih berada dalam golongan ibu-ibu menyusu, Nor ingin kongsikan mengenai breast feed..Alahai..memang banyak kan entry pasal breasfeed..Bukan apa..Just nak berkongsi dengan ibu-ibu di luar sana supaya kita banyak tahu mengenai breastfeed ni lebih-lebih lagi ibu-ibu bekerja seperti Nor.

Ok.. Entry Nor petang nie adalah mengenai teknik-teknik penyimpanan susu ibu yang diperah @ di pump. Penyusuan ibu tidak perlu dihentikan walaupun ibu bekerja. Ibu perlu membuat lebih perancangan dan persediaan sebelum mula bekerja. Pekara yang paling penting adalah mempelajari bagaimana caranya untuk memerah susu ibu, menyimpan susu dan ingin menggunakannya.. Semua itu ibu-ibu perlu ambil tahu.. WAJIB


Menyimpan Susu Yang Telah Diperah

  • Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan
  • Biarkan seketika susu yang diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian labelkan bekas susu sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.
  • Susu yang telah diperah boleh disimpan pada suhu 26°C selama 4 jam, di dalam peti sejuk untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian freezer (lazimnya peti sejuk yang mempunyai 2 pintu) adalah selama 3 bulan
  • Bahagian tempat beku bagi 1 pintu adalah tidak sesuai untuk penyimpanan susu selama 3 bulan
  • Di dalam deep freezer, susu perahan tahan selama 6 bulan.

Contoh Penyimpanan Susu Perahan


Bilakah masa yang sesuai untuk memerah susu :

  • ~ Berlatihlah memerah susu dengan tangan atau pam satu atau dua minggu sebelum mula bekerja.Anda boleh melakukannya pada bila-bila saja.
  • ~ Selepas menyusu, parah susu yang selebihnya dan simpan dalam bekas atau botol yang bersih.
  • ~ Anda boleh juga memerah dan menyimpan susu setiap kali selepas menyusu jika buah dada anda terasa berat dan penuh atau jika susu meleleh kelctar.
  • ~ Melalui latihan, anda dapat menentukan berapa banyak susu yang perlu ditinggalkan kelak.
  • ~  Adalah penting untuk anda memerah buah dada di tempat kerja setiap 3 - 4 jam. Susu yang diperah bolah disimpan dan dibawa pulang sebagai bekalan susu untuk bayi keesokan harinya.

  • Menyediakan susu yang telah diperah untuk bayi
  • ~ Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam.
  • ~ Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberikan kepada bayi.
  • ~ Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.Khasiat susunya juga akan hilang.
  • ~ Susu yang diperah tidak boleh di masukkan dalam ketuhar gelombang mikro atau tidak boleh dimasak untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.
  • ~ Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskan sedikit dibahagian pergelangan (wrist)
  • ~ Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 hingga 2 jam. Susu yang tidak diminum atau selebihnya tidak boleh dibekukan semula.


Susu yang dipanaskan dalam air suam

  • 10 pilihan cara menyimpan susu perahan

  • ~ Biasanya botol kaca dilihat sebagai pilihan terbaik untuk menyimpan susu beku kerana komponen susu berada dalam keadaan lebih baik jika disimpan di dalam botol kaca.
  • ~ Pilihan kedua terbaik pula adalah botol plastik yang lebih keras dan jernih.
  • ~ Para ibu gemar memiliki botol plastik kerana ia lebih mudah. Tambahan pula kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menerima penggunaan botol kaca kerana ia berisiko. 
  • ~ Pilihlah botol yang memiliki penutup kedap udara yang ketat dan mudah digunakan.
  • ~ Agar mudah untuk membawa botol-botol simpanan susu perahan itu ke mana-mana, simpanlah botol-botol tersebut di dalam sebuah beg khusus.
  • ~ Dalam memastikan kesegaran agar susu tidak rosak, beg tersebut perlu diisi dengan pek ais khusus untuk mengekalkan suhu sejuk susu simpanan tersebut.
  • ~ Dalam kes tertentu beg penyimpanan susu ini juga boleh menimbulkan masalah seperti susu tertumpah. Jadi para ibu perlu memilih beg yang betul-betul efektif.
  • ~ Hari ini, kebanyakan syarikat pengeluar pam susu ibu turut menyediakan beg penyimpanan susu yang sangat mudah untuk digunakan dan plastik simpanan susu yang lebih tebal. Namun, harganya mungkin sedikit mahal.
  • ~ Untuk langkah lebih selamat, sarungkan plastik nipis pada setiap botol simpanan itu sebelum diletakkan di dalam beg bagi menangani masalah kebocoran atau tertumpah.
  • ~ Penggunaan botol simpanan susu ibu yang berwarna adalah tidak digalakkan kerana bimbang sebahagian daripada perwarnanya luntur dan memasuki susu.
  • Contoh Plastik Storage yang boleh digunakan
        Inilah yang Nor dapat kongsi serba sedikit teknik penyimpan susu untuk bakal-bakal ibu yang bekerja.Untuk yang ingin menambahkan susu jom baca SET MENYUSU SHAKLEE dan boleh hubungi Nor untuk mendapatkan.Boleh baca entry Nor yang lepas http://superdupersupplement.blogspot.com/2014/05/supplement-untuk-menambahkan-susu-ibu.html






Wednesday, 24 September 2014

Cara Pengambilan Set Kurus Ibu Menyusu

Assalamualaikum dan selamat petang buat pembaca blog yang Nor sayangi..

Untuk entry Nor kali nie adalah untuk membantu ibu-ibu menyusu mengambil set kurus tanpa mengganggu penyusuan.

Mesti kita terfikir kan...adakah dengan pengambilan set kurus, susu badan akan berkurangan..MESTI sedih..sebab itu adalah rezeki anak..So terpaksa lupakan dengan pengambilan set kurus..Akibatnya berat badan si ibu naik bagaikan di pam-pam..



SO..usah risau usah gundah!!
Nor ada di sini untuk menyelesaikan masalah ibu-ibu  menyusu..Hanya dengan SET KURUS IBU MENYUSU mampu memberikan berat badan yang ideal di samping dapat menyusukan anak dalam jangka masa 2 tahun.
Kenapa Nor berani cakap seperti ini???
SEBAB Nor sendiri merasainya. Dengan menggunakan produk shaklee, Nor cukup yakin dan alhamdulillah rezeki anak Nor masih ada walaupun di usia 1 tahun 8 bulan. Dan inilah sebabnya Nor share pengalaman Nor kepada semua pembaca supaya anda juga boleh menyusukan anak tanpa ada masalah berat badan..



ESP (Energizing Soy Protein)
ESP membantu membentuk sel-sel badan kita yang sihat. Sel yang sihat akan dapat menyerap nutrien dari vitamin lain yang kita makan dengan lebih baik. Sekiranya sel kita tidak sihat, vitamin akan mengambil masa lebih lama utk diserap dengan efektif  ke dalam badan. Jadi lambatlah sikit baru nampak kesannya.
Sebaiknya ambil ESP sebagai basic vitamin anda.

Kenapa perlu pilih ESP Shaklee?
Sebab ESP dijamin bersih & selamat kerana ia non GMO – diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) untuk mengekalkan kualitinya.
BONUS dengan pengambilan ESP susu akan jadi pekat dan baby cepat kenyang..Selain itu, kulit ibu dan baby bersih, anjal dan berseri..Bonus lagi!!



Alfalfa
Alfalfa Shaklee membantu membersihkan usus supaya semua sisa makanan yang termendap di dalam usus dapat dibuang. Istilah lain yang lebih glamor, detox. Alfalfa juga membantu sebagai pelawas.

Kenapa penting usus bersih?
Hanya usus yang bersih dapat menyerap semua nutrisi dari makanan yang kita ambil. Kalau usus tu kotor, berkeladak dengan segala macam toksin dan lemak, usus tidak dapat menyerap nutrisi dengan baik.
Makanlah segala macam makanan berkhasiat… kita tetap tak akan sihat dan cergas.
Dalam aspek pelangsingan badan, usus yang bersih dapat menyerap nutrisi dengan baik. Ini akan membantu organ yang bekerja membakar lemak untuk menjadi lebih efisien.Ini untuk kurus tau…
Bagi ibu menyusu jugak, Alfalfa ini bertindak sebagai MilkBooster…Lepas telan alfalfa, susu cepat je penuh..hihi. BONUS tau!!
Omega Guard
Omega Guard membantu menyingkirkan lemak yang termendap di dalam tubuh kita. Masa kita kecil dulu ataupun masa zaman belajar, kita selalu makan makanan berlemak. Dah la makan makanan berlemak, kita tak pula work out.
Lemak boleh termendap dan melekat pada salur darah. Untuk jangka masa panjang, perkara ini sangat berbahaya kerana ia boleh menjadi penyebab diabetes, darah tinggi dan sakit jantung.
Lemak ini juga menyebabkan usus kita tak dapat menyerap nutrisi dari makanan, dan makin lama tubuh akan menjadi semakin tak sihat.
Kelebihan lain OmegaGuard selain daripada menguruskan badan:
>  Merangsang penghasilan serotonin, sejenis hormon yang boleh membantu mengawal selera makan dan juga mood.
> Mengekang penghasilan cortisol, sejenis hormon yang merangsang penyimpanan lemak di dalam badan.
>  Kaya dengan DHA & EPA yang bagus untuk perkembangan otak & mata bayi.

So…ibu-ibu yang mengambil Omega Guard, secara tidak langsung menyalurkan khasiat omega kepada baby yang disusuinya.. Ibu sihat,anak pun sihat.. BONUS lagi.

Di sini Nor share sikit gambar...

Setiap hari Nor perah dengan menggunakan tangan (Marmet) Nor akan dapat sekitar 6 -7 0z walaupun baby dah 1tahun 8bulan.




Antara stok EBM yang masih ada di dalam deep freezer.

Alhamdulillah rezeki anak...Dan alhamdulillah,berat badan Nor pun maintain seperti zaman anak dara dulu..


Tu dia si comel saya..nur amni insyirah.

Anda berminat ingin mencuba set kurus ibu menyusu??

Anda boleh hubungi saya



fb: SitiNor Mamat

Page : Super Duper Supplement
Whatsapp@sms : 0139100171
Email : sitinormamat@gmail.com

Jika Anda ingin penjimatan potongan harga sehingga 15 ~ 20%, anda boleh mendaftar sebagai AHLI..Yuran keahlian rm75 untuk seumur hidup.banyak benefit menanti ANDA..

ANDA sihat dan untung!!!








Wednesday, 10 September 2014

Teknik Penyusuan yang Betul

Salam sayang buat pembaca yang Nor kasihi.

Tajuk entry hari ni berkenaan posisi menyusu baby dengan cara yang betul.
Persoalannya…Adakah anda menimang anak sulung?? Sebagai bakal ibu atau ibu baru nie, anda perlu pelajari banyak perkara labih-lebih lagi jika anda ingin menyusukan anak anda. Mesti perlu membaca,mengkaji dan belajar tentang penyusuan kan?
Antara teknik2 penyusuan yang betul
Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu, bayi perlu diletakkan dengan betul ke payu dara ibu. Biasanya, posisi dan cara meletakkan bayi ke payu dara datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan bayi yang memerlukan masa dan latihan.
Untuk melakukan dengan betul berikut adalah langkah - langkah yang boleh membantu:
1.     Posisi
2.     Pelekapan
3.     Tanda-tanda pelekapan yang salah
4.     Penilaian samada bayi menyusu dengan baik

Posisi
~  Pegang bayi rapat ke arah badan dan payu dara ibu.
  ~ Pastikan kepala dan badan bayi lurus
~  Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas
~ Anda boleh memegangnya dengan berbagai cara asalkan anda merasa selesa.
~ Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati - hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi 
   lemas)


    Posisi yang betul semasa penyusuan

    Pelekapan

    Rapatkan baby ke payudara sebaliknya bukan payudara ke baby. Rapatkan seluruh badan baby ke dada. Dan bukan hanya kepala sehaja yang perlu rapatkan.



    Anda boleh membantu bayi melekap dengan memegang payu dara dengan tangan. Pastikan ibu jari jauh dari areola dan tidak menekan payu dara.





    Tanda-tanda pelekapan yang salah

    Jika penyusuan berjalan lancar, puting ibu tidak mudah cedera kerana puting berada jauh ke dalam mulut baby. Kebanyakan MASALAH yang dialami ibu adalah kerana posisi dan cara pelekapan yang tidak betul. Berikut adalah tanda-tanda pelengkapan yang tidak betul dan boleh mengakibatkan masalah penyusuan.


    ~  Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.

    ~ Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.

    ~  Payu dara mungkin bengkak

    ~ Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan.


    Penilaian samada bayi menyusu dengan betul
    Gambar ini menunjukkan bayi menyusu dengan cara yang betul
    1.         Mulut bayi terbuka luas.
    2.        Dagu bayi menyentuh payu dara.
    3.         Bibir bawah bayi bergulung keluar.
    4.         Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas.
    5.         Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam.
    6.         Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.



    Semua yang Nor kongsi bersama ini hasil daripada bacaan dari website kesihatan Malaysia. Harapan Nor dapat la serba sedikit info yang berguna untuk bakal ibu-ibu semua.

    Di samping itu juga, untuk memastikan ibu sihat, bertenaga dan mendapat susu yang berkualiti, Nor yang juga sekarang sedang menyusu menggunakan supplement SET MENYUSU SHAKLEE.

    Alhamdulillah..dengan mengambil supplement, Nor bertenaga,sihat dan seterusnya dapat menyusu anak yang sekarang ini berusia setahun 6 bulan tanpa menggunakan susu formula..TETAPI Nor tidak bergantung sepenuhnya dengan supplement ini untuk memperbanyakkan susu.Sudah tentu Nor mendisiplinkan diri dengan jadual pump ketika berada di OFIS dan di waktu malam.

    INGAT!!!jadual pump penting untuk memperbanyakkan susu.


    Anda nak cuba SET MENYUSU ini??
    Sebelom cuba mesti anda nak tahu apa dia khasiatnya.
    Sila baca di link ini


    Berminat nak mencuba??
    Hubungi Nor
     sms/whatsapp : 0139100171
    Email : sitinormamat@gmail.com
    page : super duper supplement