Monday 3 November 2014

Kenapa Perlunya Pengambilan Omega 3 Untuk Bayi

Waktu hamil adalah antara masa yang paling penting dalam kehidupan seorang wanita. Sekarang, kita banyak mempunyai pendedahan dan pemahaman yang lebih mendalam terhadap pemakanan yang sihat ketika hamil. Banyak info yang boleh dicari melalui internet.




Pemakanan yang sihat adalah langkah pertama untuk mendedahkan janin didalam rahim untuk mendapat nutrien yang betul sebagai asas memulakan jalan ke arah kesihatan yang ideal.


Otak si manja bertumbuh dan berkembang dengan pesat di sepanjang ke tiga-tiga trimester ketika hamil dan akan dibawa pada zaman kanak-kanak. Ada kajian menunjukkan bahawa diet ibu yang kaya dengan asid lemak omega 3 dan nutrien lain dapat meningkatkan perkembangan otak dan saraf si manja semasa hamil dan ketika penyusuan susu ibu.





Lemak baik dan perkembangan otak si manja


Pembekalan kuantiti dan jenis lemak yang betul ketika hamil adalah sangat penting. Lemak sangat penting dalam diet seseorang, terutamanya bagi janin yang sedang berkembang.

Lemak merupakan sumber yang penting bagi otak dan saraf. Ia merangkumi lebih daripada 60%dari berat kering otak. Kekurangan lemak yang baik menyumbang kepada pelbagai komplikasi getaran, masalah belajar, perkembangan yang terbantut dan kejang.

Pemilihan lemak yang tepat dalam pembinaan sistem saraf dan otak bayi yang kuat adalah asik lemak politidaktepu omega 3 seperti asid dokosaheksenoik (DHA) dan eikosapentaenoik (EPA). Ia sangat penting bagi pertumbuhan dan fungsi otak bayi yang sedang membesar. DHA membantu dalam perkembangan otak dan kemahiran pembelajaran si manja, baik di dalam rahim mahukan semasa bayi. 

Pengambilan kuantiti omega 3 yang betul membolehkan otak berfungsi pada tahap yang lebih tinggi dan memastikan komunikasi yang tepat dan kerap di antara sel-sel saraf.
Kajian mendapati bahawa mengambil makanan tambahan yang mengandungi omega 3 ketika hamil amat berkesan bagi mengurangkan komplikasi seperti pra-bersalin dan pra-eclampsia (toxemia)  - penyumbang kepada kematian ibu.

Mengikut WHO dan FAO, seorang wanita hamil memerlukan sekurang-kurangnya 2.2g omega 3 dan 300g DHA setiap hari bagi memenuhi keperluan bayi dalam kandungan dan mengekalkan tahap DHA dalam darahnya.
Sumber makanan yang kaya dengan DHA merangkumi ikan berminyak seperti mackerel, ikan sardin, ikan bilis dan ikan salmon.
Lagi senang, anda boleh ambil supplement..Sudah tentu OMEGA GUARD SHAKLEE yang ternyata sangat bagus untuk perkembangan otak.


Minyak ikan terbaik untuk perkembangan otak


Apa dia peranan asid folik dalam perkembangan otak bayi anda 

Asid folik, sejenis vitamin B akan membantu mengurangkan risiko anak dalam kandungan daripada mengalami kecacatan semasa lahir, kecacatan sistem saraf, sumbing langit dan kecacatan jantung jika tidak amalkannya sebelum hamil. Setelah anda merancang untuk hamil, bakal ibu dinasihatkan mengambil 400 mikrogram asid folik sehari. Makanan yang kaya dengan asid folik merangkumi kekacang kering, sayur-sayuran hijau seperti brokoli, bayam, collard atau pun lobak hijau dan buah-buahan sitrus. Lebih senang, anda boleh ambil supplement yang ada asid folik.. Sudah tentu B-Complex dari Shaklee.


Kecacatan bayi akibat daripada kekurangan asid folik

Wanita hamil dan ibu baru perlu melengkapi diet mereka dengan nutrisi yang baik dan mencukupi. Amalan mengambil nutrien sangat penting melalui pemakanan sihat, sepanjang proses hamil terutamanya pada trimester ke dua dan ke tiga dan juga ketika penyusuan susu badan. Ia akan membantu kesihatan optimum untuk ibu-ibu dan anak-anak. 

Jika anda mahukan lebih kesenangan, sudah tentu ketika hamil anda boleh mengambil  Set Hamil Shaklee

Anda boleh pandukan entry Nor yang lepas.

http://superdupersupplement.blogspot.com/2014/10/ibu-sihat-dengan-set-hamil.html








Jika anda berminat, hubungi Nor sekarang!!



5 comments:

  1. Rugi sangat rasanya masa mengandung dulu tak kenal omega lagi, tak ambil apa2 suplemen minyak ikan pun, kalau ku tahu, dah ku makan omega awal2, pastu dalam masa yg sama boleh control PIH.

    KENAPA ANAK ANDA PERLUKAN VITAMIN C?

    ReplyDelete
  2. Patut lah anak-anak sekarang pandai2 ye..mak2 nye dah ajar dari dalam kandungan..bagusnya..

    Penyakit gout

    ReplyDelete
  3. Omega 3 memang bagus untuk otak anak..saya dah cuba..anak sngt cepat pick up.

    omega untuk kurus

    ReplyDelete
  4. omega 3 elok amik msa awal pregnant sebab perkembangan otak bayi pd wktu tu amat crucial..

    Teknik Perahan Susu Ibu

    ReplyDelete