Friday 26 September 2014

Tips Kempiskan Perut Buncit

Menghadapi masalah perut buncit sememangnya amat merunsingkan. Tidak sekadar menjejaskan penampilan dan keyakinan diri seseorang, masalah ini turut dikuatiri amat mendatangkan komplikasi kesihatan akibat dari pengumpulan lemak di sekitar pinggang dan perut.

Jom baca sedikit sebanyak maklumat yang dapat Nor kongsikan pada petang yang redup ini.

Anda ingin mengetahui cara untuk mengempiskan perut??? Jom ikuti 3 senaman yang paling mudah dipraktikkan lebih-lebih lagi ketika berada di rumah bagi membantu anda memperolehi perut yang kempis dan pejal.


Nyerinya tengok perut saya!!


1. AB CRUNCH
  • Baring di atas lantai dan silangkan tangan di dada. Dengan perlahan, angkat bahu anda di lantai menggunakan otot abdomen. Tarik nafas dalam-dalam.
  • bertahan selama 3 saat dan lepaskan nafas. Kemudian, rehat otot dengan perlahan dan turunkan semula bahu ke lantai. 
  • Ulang 10 hingga 15 kali.
Cara-cara untuk gerakan AB Crunch

2. ELEVATED SIT-UP

  • Baring di atas lantai dengan lutut bengkok dan kaki diletakkan di atas katil atau kerusi. Silang tangan di dada.
  • Dengan menekan otot abdomen, angkat tubuh anda sehingga dada menyentuhi lutut. Pastikan kedudukan punggung tidak beralih
  • Kembalikan posisi adal dan ulang proses yang sama. 
  • Ulang 10 hingga 15 kali
Contoh Elevated sit-up
3. TORSO TWISTS
  • Berdiri tegak dengan kaki dibuka sedikit dan bahu sedikit dan bahu didepangkan lurus ke sisi.
  • Pusingkan pinggang anda ke kiri dan tahan otot abdomen dalam kiraan 3 saat. Kemudian kembali semula ke posisi asal.
  • Pusing pinggang ke kanan dan lakukan gerakan yang sama.
  • Ulang 10 hingga 15 kali.
Contoh Torso Twists

Kempiskan Perut dangan Cara yang BIJAK

Kualiti melebihi kuantiti
=>Tidak perlu berlatih bagaikan ingin memecah rekod dunia. Gerakan berulang-ulang kali hanya menyakitkan badan, malah ada kemungkinan anda menggunakan otot yang salah ketika bersenam.

Tetapkan set dan ulangan
=> Rutin senaman mengikut set-set dan ulangan tertentu dengan menjamin sasaran yang diidamkan. Ikutlah set yang telah ditetapkan dan pastikan ada masa rehat diantaranya.

Perlahan tapi dalam kawalan
=> Jangan tergesa-gesa untuk menghabiskan senaman perut dengan cepat. Lakukannya secara perlahan dan penuh kawalan untuk memaksimakan kesannya.

Jangan berlebihan atau berkurang
=> Jangan membuat senaman berat setiap hari. Setiap kali bersenam, anda sebenarnya memecahkan fiber otot agar ia terbina lebih besar dan kuat. Tanpa rehat, otot tidak berpeluang untuk melakukan proses ini.

Sakit berterusan petanda tidak baik
=> Kata orang, no pain no gain. Namun jika anda mengalami sakit berterusan selepas bersenam, mungkin ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda muda berasa sakit sendi atau sengal-sengal otot, berhenti segera untuk berehat.

Inilah antara senaman yang boleh kita lakukan ketika berada di rumah.. Anda juga boleh mencuba supplement. Di samping anda membuat senaman, anda boleh juga mencuba SET KURUS SHAKLEE yang nyata selamat dan berkesan.

Anda boleh baca sedikit info set kurus ini di link>>







5 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian yang menarik...nak kan tampil kurus dan cantik memang kena ambik set kurus shaklee..

    ReplyDelete
  2. Waaaa...malasnye nk bersenam..hehe boleh ke mcm tu?

    Anak-Anak Sedang Membesar? Jemput Baca --> 10 TANDA ANAK CERGAS

    ReplyDelete
  3. Bersenam??? Aduhai... memang dah lama x buat ni... Bila lah agaknya boleh mula balik ni... hihihi....

    ReplyDelete