Thursday 25 September 2014

Teknik Penyimpanan Susu Ibu

 Salam sayang buat semua pembaca blog yang Nor sayangi..

Memandangkan Nor masih berada dalam golongan ibu-ibu menyusu, Nor ingin kongsikan mengenai breast feed..Alahai..memang banyak kan entry pasal breasfeed..Bukan apa..Just nak berkongsi dengan ibu-ibu di luar sana supaya kita banyak tahu mengenai breastfeed ni lebih-lebih lagi ibu-ibu bekerja seperti Nor.

Ok.. Entry Nor petang nie adalah mengenai teknik-teknik penyimpanan susu ibu yang diperah @ di pump. Penyusuan ibu tidak perlu dihentikan walaupun ibu bekerja. Ibu perlu membuat lebih perancangan dan persediaan sebelum mula bekerja. Pekara yang paling penting adalah mempelajari bagaimana caranya untuk memerah susu ibu, menyimpan susu dan ingin menggunakannya.. Semua itu ibu-ibu perlu ambil tahu.. WAJIB


Menyimpan Susu Yang Telah Diperah

  • Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan
  • Biarkan seketika susu yang diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian labelkan bekas susu sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.
  • Susu yang telah diperah boleh disimpan pada suhu 26°C selama 4 jam, di dalam peti sejuk untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian freezer (lazimnya peti sejuk yang mempunyai 2 pintu) adalah selama 3 bulan
  • Bahagian tempat beku bagi 1 pintu adalah tidak sesuai untuk penyimpanan susu selama 3 bulan
  • Di dalam deep freezer, susu perahan tahan selama 6 bulan.

Contoh Penyimpanan Susu Perahan


Bilakah masa yang sesuai untuk memerah susu :

  • ~ Berlatihlah memerah susu dengan tangan atau pam satu atau dua minggu sebelum mula bekerja.Anda boleh melakukannya pada bila-bila saja.
  • ~ Selepas menyusu, parah susu yang selebihnya dan simpan dalam bekas atau botol yang bersih.
  • ~ Anda boleh juga memerah dan menyimpan susu setiap kali selepas menyusu jika buah dada anda terasa berat dan penuh atau jika susu meleleh kelctar.
  • ~ Melalui latihan, anda dapat menentukan berapa banyak susu yang perlu ditinggalkan kelak.
  •  Adalah penting untuk anda memerah buah dada di tempat kerja setiap 3 - 4 jam. Susu yang diperah bolah disimpan dan dibawa pulang sebagai bekalan susu untuk bayi keesokan harinya.

  • Menyediakan susu yang telah diperah untuk bayi
  • ~ Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam.
  • ~ Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberikan kepada bayi.
  • ~ Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.Khasiat susunya juga akan hilang.
  • ~ Susu yang diperah tidak boleh di masukkan dalam ketuhar gelombang mikro atau tidak boleh dimasak untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.
  • ~ Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskan sedikit dibahagian pergelangan (wrist)
  • ~ Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 hingga 2 jam. Susu yang tidak diminum atau selebihnya tidak boleh dibekukan semula.


Susu yang dipanaskan dalam air suam

  • 10 pilihan cara menyimpan susu perahan

  • ~ Biasanya botol kaca dilihat sebagai pilihan terbaik untuk menyimpan susu beku kerana komponen susu berada dalam keadaan lebih baik jika disimpan di dalam botol kaca.
  • ~ Pilihan kedua terbaik pula adalah botol plastik yang lebih keras dan jernih.
  • Para ibu gemar memiliki botol plastik kerana ia lebih mudah. Tambahan pula kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menerima penggunaan botol kaca kerana ia berisiko. 
  • ~ Pilihlah botol yang memiliki penutup kedap udara yang ketat dan mudah digunakan.
  • ~ Agar mudah untuk membawa botol-botol simpanan susu perahan itu ke mana-mana, simpanlah botol-botol tersebut di dalam sebuah beg khusus.
  • ~ Dalam memastikan kesegaran agar susu tidak rosak, beg tersebut perlu diisi dengan pek ais khusus untuk mengekalkan suhu sejuk susu simpanan tersebut.
  • ~ Dalam kes tertentu beg penyimpanan susu ini juga boleh menimbulkan masalah seperti susu tertumpah. Jadi para ibu perlu memilih beg yang betul-betul efektif.
  • ~ Hari ini, kebanyakan syarikat pengeluar pam susu ibu turut menyediakan beg penyimpanan susu yang sangat mudah untuk digunakan dan plastik simpanan susu yang lebih tebal. Namun, harganya mungkin sedikit mahal.
  • ~ Untuk langkah lebih selamat, sarungkan plastik nipis pada setiap botol simpanan itu sebelum diletakkan di dalam beg bagi menangani masalah kebocoran atau tertumpah.
  • ~ Penggunaan botol simpanan susu ibu yang berwarna adalah tidak digalakkan kerana bimbang sebahagian daripada perwarnanya luntur dan memasuki susu.
  • Contoh Plastik Storage yang boleh digunakan
        Inilah yang Nor dapat kongsi serba sedikit teknik penyimpan susu untuk bakal-bakal ibu yang bekerja.Untuk yang ingin menambahkan susu jom baca SET MENYUSU SHAKLEE dan boleh hubungi Nor untuk mendapatkan.Boleh baca entry Nor yang lepas http://superdupersupplement.blogspot.com/2014/05/supplement-untuk-menambahkan-susu-ibu.html






6 comments:

  1. Teknik penyusuan yang sangat bagus utk bakal ibu..
    Jom baca>>
    http://superdupersupplement.blogspot.com/2014/09/teknik-penyimpanan-susu-ibu.html

    ReplyDelete
  2. Nak lakukan apa-apa mesti kena tahu teknik kan...semua orang wajib tahu teknik berkaitan susu ibu

    jom baca http://shkleika.blogspot.com/2014/09/set-kurus-shaklee-bohong.html

    ReplyDelete
  3. pastiku terjah blog ni bila deliver bb nanti..

    WANITA WAJIB BACA Punca Dan Tanda-Tanda Kanser Pangkal Rahim

    ReplyDelete
  4. Banyak info yang belum kutahu rupanya. Terima kasih atas perkongsian menarik ni...

    Jom baca info lelaki>>> Set Jerawat Shaklee Untuk Lelaki

    ReplyDelete
  5. wahh..berguna ni utk bakal ibu diluar sana..

    Anak-anak sedang membesar? Bimbang makanan yang kita bagi mereka cukup ke tak nutriennya. Jemput baca –-> 5 NUTRIEN PENTING UNTUK ANAK ANDA

    ReplyDelete
  6. maklumat yang sangat berguna

    tercari-cari pengedar shaklee kawasan anda? ---> Pengedar Sah Shaklee Malaysia | Shah Alam, Klang

    ReplyDelete