Monday 13 October 2014

Doa Untuk Anak Bijak

Assalamualaikum buat semua..

Hari ni, Nor just nak share satu doa yang biasa Nor amalkan sejak anak Nor Isyraf berusia 3 tahun. Sekarang Isyaraf dah pun berusia 5 tahun..Bermakna sudah pun 2 tahun Nor amalkan. Alhamdulillah kesannya sangat POSITIF.

Doa ini Nor diberitahu oleh Ustazah Syarifah sewaktu dalam pembelajaran kelas agama yang diadakan setiap Jamaat dari 1.00pm hingga 2.30pm. Hah!!! untung kan. Waktu bekerja pun dapat belajar agama. So seiringan kan! Alhamdulillah.. ALLAH bukakan peluang kami untuk belajar agama..

Sori ye..tulisan jawi tak comel
OK...
First  >> Doa ini dibaca setiap minggu pada/waktu hari anak dilahirkan. Baca sebelum kejutkan anak untuk
               bangun pagi.
                Contoh : Isyraf lahir pada hari Selasa. So setiap minggu pagi Selasa Nor akan baca doa ini.

Second  >> Baca selawat sebelum membaca doa. Selawat sebanyak 3 kali.

Ayat pertama itu untuk anak LELAKI, ayat ke dua untuk anak perempuan dan ayat ke tiga untuk diri sendiri. HAH.. bukan setakat anak je pandai..Mak ayah pun boleh pandai jugak.

Pengalaman Nor.
Nor baca doa ini untuk Isyraf. Alhamdulillah..Isyraf ketika berusia 3 tahun lebih dia sudah pun pandai membaca Surah Al-Fatihah, 3 Kul. Selawat nabi majoriti dia boleh baca.. Nor just on ASTRO OASIS je setiap magrib.. Dia akan fokus dengar ayat-ayat itu.

Sekarang, walaupun usia 5 tahun, semua ayat-ayat dalam solat dia dah hafal. Setiap kali kejut untuk bangun pagi, dia tak pernah meragam. ALHAMDULILLAH.

Sekarang Nor dah start baca doa untuk Amni juga.

Selain itu, Nor juga ambil supplement untuk anak-anak Nor supaya mereka bertambah pandai, sihat dan cergas.

Untuk itu, kepada mereka yang bergelar ibu bapa, anda boleh la cuba dengan doa ini.. Insyaallah sama-sama kita mendapat syafaatnya.. Insyaallah!




0 comments:

Post a Comment