Assalamualaikum...Fuh tajuk entry senaman petang..Tapi malam baru boleh berblog memandangkan seronok sangat dengan aktiviti petang tadi.. Tambahan pulak,,balik tadi kepenatan, encik suami dengan rela hati nak menyediakan makan malam untuk hari ini.. Haha..Best kan sekali sekala encik suami tolong.
Tanpa dirancang sebenarnya.. Encik suami ingin membeli jaket pelampung berenang untuk anak bujang Nor nie... Sebenarnya abah ingin ajar abang isyraf berenang memandangkan abang isyraf dah pun berusia 5 tahun... Dah wajib tahu berenang la.
![]() |
Jaket pelampung baru |
Family kami ni sememangnya suka dengan aktiviti-aktiviti luar. Contohnya yang biasa kami lakukan berenang, jogging, bawak anak-anak ke taman permainan dan juga sukan main bowling..
Petang tadi, kami ke Putrajaya untuk mandi mada di taman rekrasi air tapi tak tahu pulak presint berapa. Hari minggu kan.. mesti ramai sangat manusianya.
Alangkah bestnya dapat melihat anak-anak berseronok di depan mata. Dengan adanya jaket pelampung ini, abang isyraf berani sikit nak berenang tanpa berpaut dengan mama atau abah..
Hah..perlu ingat..
Berenang adalah sukan olahraga air yang memiliki kelebihan yang bermanfaat untuk kesihatan anda.. Ia boleh membentuk dan menguatkan otot. Selain itu, berenang membantu meningkatkan tahap kesihatan jantung manusia. Sesiapa yang ingin kurus pun boleh berenang kerana berenang juga mampu membakar kalori.
Best tau jika anda tambahkan aktiviti bersama family..
Jom kita layan gambar-gambar yang dapat Nor snap ketika mandi manda tadi..
![]() |
Abg isyraf dgn jaket baru |
![]() |
Amni pun suka berenang |
![]() |
Abah melayan anak-anak |
![]() |
Rileks je amni dilepaskan oleh abah |
Jumpa lagi♡♡
0 comments:
Post a Comment