Monday 13 October 2014

Ketahui Makanan Yang Perlu Di Elakkan Oleh Ibu Menyusu

Salam sayang buat semua pembaca blog yang Nor sayangi.

Tajuk entry untuk kali ini mengenai makanan yang perlu di elakkan oleh ibu-ibu yang sedang menyusu bayi lebih-lebih lagi bayi yang berusia 6 bulan ke bawah. Ibu menyusu perlu menambahkan makanan berkhasiat dalam hidangan setiap hari bagi manyalurkan susu yang terbaik untuk bayi anda. 

Anda sebagai ibu bapa perlu monitor supaya anak tidak meragam, muntah seperti muak, kembung perut atau alahan.

Jom..kita baca apa yang perlu dielakkan oleh ibu menyusu.

1. Mengambil minuman berkafein.
>>  Susu yang terhasil setelah si ibu meminum kopi atau teh akan membuatkan bayi tidak selesa, meragam dan boleh menyebabkan bayi sukar untuk tidur. Ini kerana bayi tidak dapat mengeluarkan kafein daripada badannya secara efisen seperti orang dewasa.

2. Memakan terlalu banyak buah-buah citrus
>> Jika terlalu banyak makan buah citrus seperti lemon dan oren akan mengganggu sistem gastro-usus dan penghadaman bayi yang kurang matang. Ini menyebabkan bayi akan meragam, menangis atau boleh juga terjadi ruam lampin.

3. Alkohol
>> Sudah sedia maklum, pengambilan alkohol adalah dilarang oleh agama.Jika si ibu mengambil alkohol, kesan sampingan boleh terjadi kepada bayi yang disusuinya.. Oleh itu kita perlu hindarinya.

4. Makanan yang pedas dan berempah
>> Ini perlu dihindari kerana makanan yang pedas membuatkan rasa tidak selesa kepada bayi.. Susu ibu adalah berlain perisa tau. Jika si ibu makan pedas, susu akan berasa pedas.. Jadi, elakkan makan makanan yang pedas.

5. Makanan yang berada di laut
>> Makanan di laut seperti kerang, ikan yu mempunyai tahap kandungan merkuri yang tinggi. Ia akan menjejaskan otak dan sistem saraf bayi.

6. Makanan bergandum
>> Terpulang kepada tahap ketahanan bayi..Jika bayi tidak selesa, menangis tanpa henti atau najisnya berdarah, si ibu perlu la berhenti makan makanan jenis ini bagi mengelakkan masalah lain timbul kepada bayi.

Untuk menambahkan khasiat susu ibu, anda boleh juga mengambil supplement. Sudah tentu Nor syorkan SET MENYUSU SHAKLEE untuk pengambilan harian ibu menyusu.

Tak perlu berbelanja mahal-mahal.. Dengan mengambil set menyusu yang paling basic  Alfalfa dan ESP, anda telah mendapat susu yang berkualiti.



set menyusu bajet

Kenapa Nor cakap begitu???

Kerana............... 

ESP (Energizing Soy Protein)

Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.


Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? 
Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.


ALFALFA
Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu. Dalam penyusuan, alfalfa dikenali sebagai MILKBOOSTER.Selain itu, ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan!), dan bantu buang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik (angin dalam badan).


Hah!!!! Nak anak pandai dan bijak??


Rahsia Nor adalah dengan mengambil omega guard yang kaya dengan DHA DAN EPA.
Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

OmegaGuard SHAKLEE merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan Omega Guard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.




So anda nak cuba tak?? 
Set Menyusu yang dipercayai bagus untuk membekalkan susu yang berkhasiat.
tak caya?? Jom cuba dulu!

Hubungi Nor untuk keterangan lanjut









5 comments:

  1. perkongsian yang baik...

    salam singgah....

    banyak betul kegunaan ESP ye

    ReplyDelete
  2. Memang best ESP ni.... Rugi siapa yang tak mencubanya... Jom beli harga promo....

    Jemput baca sini juga>>> Testimoni Basic H: Bukan sekadar Pencuci Biasa!!!

    ReplyDelete
  3. Jangan lupa lecithin juga utk ibu menyusu..

    Bagi mereka yang selalu stress, jemput baca -->> REDAKAN STRESS DENGAN B-COMPLEX

    ReplyDelete
  4. baru tahu makanan bergandum pun perlu dielakkan bagi ibu yang menyusu....Lecithin pun sesuai untuk kurus. Jom Kurus Dengan Lecithin

    ReplyDelete
  5. bila sedang menyusu badan, kita tak boleh suka2 hati ikut perut dan tekak kita je...kena juga fikir kesihatan bayi yg kita susukan..

    Punca Dan Rawatan Anak Yang Kerap Demam

    ReplyDelete