Sunday, 12 October 2014

senaman petang

Assalamualaikum...Fuh tajuk entry senaman petang..Tapi malam baru boleh berblog memandangkan seronok sangat dengan aktiviti petang tadi.. Tambahan pulak,,balik tadi kepenatan, encik suami dengan rela hati nak menyediakan makan malam untuk hari ini.. Haha..Best kan sekali sekala encik suami tolong.

Tanpa dirancang sebenarnya.. Encik suami ingin membeli jaket pelampung berenang untuk anak bujang Nor nie... Sebenarnya abah ingin ajar abang isyraf berenang memandangkan abang isyraf dah pun berusia 5 tahun... Dah wajib tahu berenang la.

Jaket pelampung baru

Family kami ni sememangnya suka dengan aktiviti-aktiviti luar. Contohnya yang biasa kami lakukan berenang, jogging, bawak anak-anak ke taman permainan dan juga sukan main bowling..

Petang tadi, kami ke Putrajaya untuk mandi mada di taman rekrasi air tapi tak tahu pulak presint berapa. Hari minggu kan.. mesti ramai sangat manusianya.

Alangkah bestnya dapat melihat anak-anak berseronok di depan mata. Dengan adanya jaket pelampung ini, abang isyraf berani sikit nak berenang tanpa berpaut dengan mama atau abah..

Hah..perlu ingat..

Berenang adalah sukan olahraga air yang memiliki kelebihan yang bermanfaat untuk kesihatan anda.. Ia boleh membentuk dan menguatkan otot. Selain itu, berenang membantu meningkatkan tahap kesihatan jantung manusia. Sesiapa yang ingin kurus pun boleh berenang kerana berenang juga mampu membakar kalori.

Best tau jika anda tambahkan aktiviti bersama family..

Jom kita layan gambar-gambar yang dapat Nor snap ketika mandi manda tadi..

Abg isyraf dgn jaket baru

Amni pun suka berenang
Abah melayan anak-anak
Rileks je amni dilepaskan oleh abah
Ini la serba sedikit Nor kongsikan aktiviti family kami.. Semua kepenatan. Abang isyraf dah selamat berlayar selepas dapat susu+omega guard. Omega guard membantu mengelak abg isyraf daripada demam. Mama pun ambil omega untuk amni. Hope kami hidup dalam sihat dan sejahtera dengan shaklee..
Jumpa lagi♡♡

Kepentingan Alfalfa Untuk Ibu Menyusu

Salam sayang buat pembaca blog yang Nor sayang.. Tajuk entry Nor kali ini mengenai kepentingan Alfalfa lebih -lebih lagi ibu-ibu breasfeed.

Daun dan akar alfalfa

Mungkin ramai yang sudah tahu, kebaikan dan khasiat yang boleh diperolehi daripada Alfalfa Complex Shaklee. Alfalfa Complex dihasilkan daripada tanaman Alfalfa (Medicago Sativa) secara organik (bebas dari pestisid, herbasid, dan menggunakan bahan baja bebas kimia. Alfalfa mengambil masa 2 tahun untuk membesar, akarnya boleh mencecah sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap nutrisi, daunnya pula kaya dengan klorofil. Daun Alfalfa dituai apabila ia capai tahap matang, ia dikeringkan dengan udara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Setiap tablet Alfalfa Complex Shaklee mengandungi 300mg Alfalfa.

Alfalfa kaya dengan pelbagai nutrisi seperti:
¤ Protein
¤ Asid Amino
¤ Klorofil
¤ Serat
¤ 15 Zat Galia
¤ 10 Vitamin
¤ 8 Enzim
¤ Fitokimia


Alfalfa shaklee yang the best

Alfalfa juga  merupakan supplement penting untuk ibu-ibu breastfeed. Ia dikenali sebagai MILKBOSTER. Alhamdulillah.. Dengan mengambil alfalfa dan ESP, Nor juga dapat BF anak Nor yang sekarang sudah pun berusia 1 tahun 8 bulan. Alfalfa turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pada bayi..susah nak kena kembung.

Lain-lain manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan

1. Merawat gangguan pencernaan
2. Mengawal kolesterol dalam darah
3. Menghapuskan kolesterol buruk 'LDL' dari tubuh
4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5. Bagus untuk penyakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6. Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7. Mengurangkan symptom menopause
8. Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9. Merawat masalah sembelit
10. Menyahkan toksik dalam tubuh
11. Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13. Membantu masalah penghadaman
14. Mengurangkan masalah pundi kencing
15. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
16. Meningkatkan kesihatan prostat
17. Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
18. Menghangatkan hubungan suami isteri

Ternyata kan banyak khasiat alfalfa shaklee ini. Bagi Nor, Nor ambil alfalfa untuk nak banyakkan susu.. Tetapi Nor dapat BONUS yang lainnya. So masalah keputihan yang Nor alami dulu sekarang dah tiada lagi.

Ini dia susu yang nor perah dgn menggunakan tangan

Stok EBM masih ada walaupun anak sudah 1thn 8bln

Anda juga ingin mencuba??
Jom cepat-cepat hubungi Nor.



Saturday, 11 October 2014

Kuasa Sentuhan

Salam sayang buat anda semua pembaca blog yang Nor sayangi..
Entry Nor untuk malam indah ini mengenai Kuasa Sentuhan lagi-lagi antara ibu dan anak.. Sebenarnya ilham ini terjadi selepas Nor membaca majalah lama PA & MA. Sambil-sambil melayan kerenah si kecik Nor yang comel nie.


Sentuhan adalah komunikasi di awal kelahiran bayi. Ada kajian yang dilakukan mengenai perkembangan bayi seluruh dunia mendapati kuasa sentuhan memberikan kesan positif kepada bayi.. Terasa indah bila ibu bersentuhan dengan bayi. Teringat Nor di saat-saat awal melahirkan si kecik ini.

Anda mesti ambil tahu..

  1. Bayi yang baru dilahirkan mampu merasa sentuhan daripada ibu dan ayahnya. Sentuhan yang dilakukan dengan kasih sayang dapat menenangkan bayi yg berada dalam keadaan tidak selesa
  2. Ketika baru dilahirkan, tangannya sentiasa dalam keadaan seperti menggenggam sesuatu dan bayi sentiasa menggerakkan anggota badannya seperti tangan dan kaki.
  3. Peluk, dukung dan mengurut bayi adalah merupakan satu cara untuk meransang deria sentuhan. Jangan biarkan bayi bersendirian terlalu lama.
  4. Sentuhan membuatkan bayi merasa dirinya selamat dan dilimdungi oleh ibubapanya. Pegang dan belai lah tangannya. Kemudian sentuh di bahagian belakangnya. Sentuhan ni membuatkan bayi terasa selesa.
  5. Bagi bayi pramatang pula, sentuhan adalah terapi baginya. Ia adalah keperluan untuk menambahkan berat badannya dan juga mengurangkan tekanan kesakitan yang dialami oleh bayi. Sekali gus ia mampu memberikan kesihatan yang baik kepada bayi pramatang.
  6. Sebelum bayi dapat melihat dengan jelas, melalui sentuhan bayi belajar tentang dunia persekitarannya, emosi dan fizikal


Fakta yang perlu anda tahu
Saiz otak bayi ketika dilahirkan ialah 25% daripada saiz otak orang dewasa. Manakala bayi ketika dilahirkan dibekalkan dengan 100 bilion sel. Otak bayi akan berkembang dengan sempurna sekiranya mendapat zat yang seimbang dari pemakanan, dijaga dari sebarang kecederaan fizikal dan mendapat ransangan yang betul.

Hah..ini saja yang dapat Nor kongsikan. Sekurang-kurangnya dapat memberi pengetahuan yqng berguna buat bakal ibu-ibu... 


Atasi penyakit migraine

Salam sayang buat semua pembaca blog yang nor sayangi..
Entry nor untuk kali ini mengenai penyakit yang selalu di kebanyakkan masyarakat kita sekarang.

Pernah tak migraine terjadi pada anda??
Fuh..memang seksa kalau terkena migraine..tak tertahan sakit kepala tau.



Jom kita baca sedikit info tentang migraine.

Migraine adalah sakit kepala yang terjadi di sebelah kepala yang menyakitkan dan berdenyut-denyut disertai dengan loya, mengalami gangguan visual dan banyak lagi symptom yang lain. Migraine juga boleh berlaku selama antara 4-72 jam tanpa henti.

Migraine boleh dikategorikan sebagai sakit kepala vascular (vascular headaches) iaitu saluran darah ke otak yang mengalami pengembangan dan pengecutan. Ada satu kajian dilakukan iaitu menggunakan imbasan tomography berkomputer (SPECT) menunjukkan mereka yang mengalami migraine terdapat keradangan (inflammation) yang paling ketara pada meninges (yang meliputi kulit kepala).Terdapat tiga membrane iaitu dura, arachnoid dan lapisan paling bawah atau ke dalam dipanggil pia.

Migraine boleh terjadi pada bila-bila masa. Migraine kerap berlaku kepada wanita. Salah satu faktor migraine terjadi pada wanita disebabkan hormon estrogen yang tidak stabil. Kebiasaannya wanita akan mendapat migraine ketika datang bulan (iaitu ketika hormon estrogen rendah).

Kebiasaannya migraine ada 5 fasa iaitu:

1. Sehari ataupun sebelum berlakunya migraine, terdapat perubahan pada mood, mengalami masalah dengan ingatan, perubahan pada salah satu lima deria kita ataupun masalah pada percakapan.
2. Sebelum sakit kepala, sesetengah orang akan nampak corak ataupun kelipan cahaya ataupun mungkin mengalami kebas pada tangan ataupun mulut. Ini dipanggil aura. Mereka yang mengalami aura ini akan epilepsy sebelum jadi sawan.
3. Sebelum dalam keadaan menyakitkan, migraine boleh berlaku pada sebelah kepala ataupun kedua belah ataupun akan berpindah daripada kiri ke kanan kepala.
4. Sakit kepala tiba-tiba hilang tetapi loya sentiasa rasa seperti berlegar-legar.
5. Seseorang itu akan merasakan letih dan kelesuan dan ingin tidur.

Banyak faktor yang boleh mencetuskan migraine seperti tekanan, kerosakan pada hati, perubahan hormon, sembelit dan sebagainya.

Seandainya anda sering terkena migraine,,anda perlu menghindari daripada beberapa perkara seperti berikut:-
-Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
- Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
-elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
-Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
-Stress dan tekanan
-Jadual tidur yang tak tetap
-Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama .

Pengambilan pemakanan yang betul dan mengamalkan gaya hidup sihat dapat membantu mengurangkan masalah ini.

Untuk itu, Nor sarankan anda dengan pengambilan supplement yang nyata membantu menyelesaikan masalah anda. Hindari mengambil ubat sepanjang masa sebab anda sendiri tahu kesan di masa akan datang.



Set Rawat Migraine Shaklee

B-Complex


Kaya dengan vitamin B2 dan B6 yang telah terbukti membantu mengurangkan
kesakitan akibat migraine.
Vitamin B lengkap ini memastikan anda bukan sahaja mengurangkan
risiko diserang migraine,
akan tetapi mencegah penyakit lain seperti depresi , strok dan berkaitan.Kebiasaan pengidap migraine
perlu mengambil tahu akan punca-punca dan penyebab kepada sakit kepala / migraine ini.

Ostematrix


Kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin D.
Kalsium seperti yang diketahui umum bukan sahaja membina tulang dan gigi,
malah ianya membantu menetapkan ritma jantung,
menyelesaikan masalah insomnia. Kalsium amat diperlukan oleh badan bagi tujuan mempertahankan fungsi saraf dan otot serta buah pinggang.

Magnesium pula amat penting untuk metabolisma kalsium. Membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu daripada punca yang dipercayai penyebab migraine. Kajian mendapati magnesium membantu mengurangkan sakit kepala / migraine serta mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tidak mengandungi vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh dan boleh tertinggal sebagai batu di dalam ginjal atau pundi kencing.

Anda ingin mencuba merawat migraine dengan shaklee?? Usah risau..semua produk shaklee dijamin HALAL DAN SELAMAT.

Anda ingin mencuba..
Boleh hubungi Nor..

COD AREA: SEPANG,NILAI,BANGI,SEREMBAN,MUAR



Saturday, 4 October 2014

Menjana Pendapatan Bersama Shaklee

Salam sayang buat semua pengunjung Blog yang Nor sayangi..

Rata-rata dalam sehari dua nie, di semua pelusuk bumi Malaysia membahaskan tentang kenaikan minyak.. Walaupun hanya dengan 20sen, isu ini menjadi berita terhangat..
Kita sebagai rakyat hanya mampu mengeluh.. Apa tidaknya..Lepas ini kos sara akan meningkat. Hah..Yuran sekolah anak Nor pun dah meningkat senyak rm50 sebulan mulai tahun depan.

Di sini, Nor ingin mengajak anda yang berkeyakinan, anda yang berkeinginan, anda yang ingin mengubah taraf ekonomi keluarga, anda yang............ (apa-apa je la)
JOIN Nor menjana pendapatan dengan SHAKLEE.


Kenapa Nor pilih Shaklee??
1. Kerana Nor tidak memerlukan loan untuk join Shaklee.
2. Yuran yang sangat rendah. rm65 untuk seumur hidup
3. Tidak perlukan modal untuk membeli produk.
4. Tidak perlu keluar ditengah malam untuk cari customer
5. Bisnes berasaskan produk..ada jualan, ada point.
6. Untuk membuat order, tidak perlu ke branch atau Hq shaklee. Hanya dengan klik..klik saja

Apa kelebihan Shaklee??

  • Yuran keahlian sebanyak rm65 untuk seumur hidup
  • Shaklee adalah syarikat vitamin yang telah hampir 60 tahun berada di pasaran dunia. Produknya yang asli dan semulajadi boleh memberi kesan hebat kepada kesihatan.
  • Ia adalah syarikat MLM yang benar-benar adil. Jika sudah bergelar leader (tahap supervisor) bermakna kita tidak ada kaitan point dengan upline kita. Shaklee tidak mengamalkan sistem piramid. Bonus yang dibayar adalah mengikut usaha kita.So kita boleh dapat setanding dengan upline kita jika ada usaha dan FOKUS
  • Harga produk sangat berpatutan. Produk asli dan semulajadi terbukti keberkesanannya.
  • Jika kita adalah ahli, kita mendapat harga diskaun 15% hingga 20% dan dapat mengumpul point yang akan dibayar melalui bonus.
  • Shaklee menawarkan 3C iaitu CASH, CAR (bonus kereta) dan CONVENTION (dalam dan luar negara termasuk umrah bagi muslim)
Kenapa perlu join shaklee dengan Nor??
  • Group kami adalah antara group supporting yang hebat di Malaysia. Bimbingan serta coaching diberikan untuk SID yang baru memulakan langkah bersama Shaklee.
  • Sentiasa mengambil berat sesama sendiri. So apabila ada masalah, kita boleh berkongsi sesama kita dalam 1 group. Ini adalah bisnes bersama-sama.Jangan risau,anda tidak keseorangan.
  • Tidak perlu tinggal anak semata-mata untuk menghadiri kelas..Semua kelas hanya dengan online.Time kelas boleh jugak layan anak-anak.

Anda berminat????
Hubungi Nor sekarang...
♥♥♥♥




Friday, 3 October 2014

Cegah masalah darah tinggi


Salam sayang buat anda semua pembaca blog yang anda sayangi..Entry Nor untuk hari ini adalah berkenaan masalah yang dulunya sering berlaku pada masyarakat tua..Tetapi sekarang masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 32.3%.



Tekanan Darah 

Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75. 
> Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
> Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75) 

Tekanan Darah Abnormal 



Penyebab-penyebab 
Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.
Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:
> Penyakit buah pinggang
> Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
> Faktor keturunan
> Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi (termasuk penyakit jantung dan strok/angin ahmar) 

Tanda & dan gejala 
> Selalunya, hypertensi tidak menunjukan sebarang tanda dan gejala. 
> Kadang-kadang pesakit mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala. 
> Periksa tekanan darah anda secara berkala di Klinik Kesihatan berdekatan. Doktor akan menasihatkan anda tentang kekerapan untuk memeriksa tekanan darah. 

Komplikasi 
Komplikasi-komplikasi Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan keatas organ-organ penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan mengakibatkan kerosakan. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.   

1. Peningkatan mendadak tekanan darah 
~ Boleh menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka hendaklah dirawat segera 

2. Tekanan darah tinggi berterusan. Tekanan berterusan keatas organ-organ tubuh akan menyebabkan :-
~ jantung- menyebabkan kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian
~ pembuluh darah- pembuluh darah menjadi keras
~ buah pinggang- mengakibatkan kegagalan buah pinggang
~ mata- pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya dalam mata
~ otak- strok/angin ahmar

Semua komplikasi di atas dapat di cegah jika anda mendapatkan rawatan awal.

Jom cegah penyakit ini dengan Set Darah Tinggi Shaklee.Insyaallah tekanan darah anda stabil dengan pengambilan supplement yang dijamin selamat dan sihat.


Omega Guard  
Omega Guard shaklee dapat mencegah penyakit saluran darah dan strok yang mana DHA & EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi dan kepekatan darah. Ia dapat melicinkan saluran darah dan melancarkan peredaran darah. IA juga efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Selain itu, omega guard shaklee  boleh mengekalkan tahap kolesterol dalam darah, menghindarkan pembekuan darah di dalam badan , mengawal obesiti dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.




Garlic 
Membantu mengawal jankitan kuman, menurunkan tekanan darah, menurunkan kolesterol dan memelihara kesihatan selular.
Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik inilah antara penyebab tekanan darah meningkat.


Hah!!!Jom sihat dengan shaklee.
Untuk keterangan lanjut,boleh la hungungi Nor.

Jumpa lagi di lain entry..

      

Wednesday, 1 October 2014

Masalah Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum buat semua pembaca...
lagi-lagi Nor fokus kepada bab-bab penyusuan..

Penyusuan ibu adalah proses semulajadi. Walau bagaimanapun dalam masa 2 minggu pertama, penyusuan mungkin sukar bagi ibu terutamanya mereka yang mengalami pengalaman yang pertama. Antara beberapa masalah yang mungkin dialami oleh setengah ibu adalah seperti:-
> Kebengkakkan payudara
> Puting melecet
> Tidak cukup susu

Kebengkakkan payudara



Antara sebab-sebabnya:

Kebengkakkan payudara adalah disebabkan peningkatan isipadu susu yang mengakibatkan kongesi salur darah di dalam payudara. Ia berlainan dengan kepadatan payudara. Payudara yang padat masih boleh ditekan, lembut dan fleksibel.

Tanda-tanda dan gejala :
Antara tanda-tanda kebengkkan payudara adalah 
=> Payudara menjadi keras dan sakit
=> Bahagian areola kelihatan pejal dan berkilat 

Ia akan menyebabkan kesukaran untuk bayi menyusu dan kesukaran untuk mengeluarkan susu.Si ibu boleh menjadi demam jika berlaku perkara seperti ini.

Untuk mengatasi masalah ini, perkara yang perlu dilakukan adalah

~ Jangan berhenti penyusuan
~ Susukan bayi dengan sekerap yang boleh
~ Sebelum membuat penyusuan, keluarkan sedikit susu untuk melembutkan payudara supaya mudah untuk bayi menghisapnya.
~ Selepas penyusuan. jika berasa susu masih bengkak, keluarkan susu yang ada.boleh pump atau menggunakan kaedah marmet.
~ Tuam payudara dengan menggunakan tuala dan air suam untuk melancarkan pengaliran susu
~ Teknik penyusuan juga mesti betul.

Puting melecet



Antara sebab-sebabnya :
=> meletakkan bayi dalam posisi yang salah
=> Teknik penyusuan yang salah
=> Faktor-faktor lain seperti
    > Ekzema puting - berlaku apabila puting menjadi merah kehitaman, gatal dan bengkak
    > Seriwan  - Jangkitan kulat yang disebabkan candida albicaus.Ia bermula dengan gatal.

Untuk mengatasi masalah ini, perkara yang perlu dilakukan adalah

~ Jangan hentikan penyusuan
~ Periksa samada anda menggunakan teknik yang betul semasa melekapkan bayi ke payudara.
~ Perahkan sedikit susu dan sapukan pada puting. Ia boleh memulihkan puting yang melecet
~ tidak perlu menggunakan losyen
~ Sekira tiada perubahan, berjumpa lah dengan doktor untuk memastikan samada terdapat jangkitan kulat atau ekzema.

Untuk mencegah perkara ini berlaku:
> pastikan posisi ibu dan teknik bayi ke payudara adalah betul
> elakkan memakai coli yang diperbuat daripada badan sintetik kerana ia meningkatkan perpeluhan dan kurang aliran udara.
> bersihkan payudara dengan air biasa. jangan menggunakan air sabun kerana ia boleh mengeringkan kulit.

Tidak cukup susu

Tidak cukup susu adalan alasan yang sering diberikan oleh ibu untuk berhenti menyusukan bayi atau menambahkan dengan susu formula. Penghasilan susu ibu berkurangan adalah disebabkan oleh kurang stimulasi akibat perkara-perkara berikut :-

> Ibu tidak membenarkan bayi menyusu seberapa kerap. 
> Bayi tidak melekap dengan betul dan bayi tidak dapat menyusu dengan berkesan
> Ibu berhentikan penyusuan di waktu malam dengan lebih awal
> Ibu menyusu babyinya dengan sebelah sahaja
> Ibu kurang yakin dengan kebolehannya untuk menyusu bayi
> Ibu mengalami tekanan emosi

Dalam penyusuan emosi ibu memainkan peranan yang penting.Bukan setakat itu sahaja, pemakanan ibu menyusu juga penting untuk memastikan bayi anda dapat susu yang berkualiti.

Ingat!! Pastikan payudara anda dikosongkan selepas menyusu untuk pengaliran susu baru.
Jangan cipta alasan ye wahai ibu-ibu...
Ingat!!!!!!! Susu ibu ni adalah hak anak. itu adalah rezekinya.

Untuk ibu-ibu yang ingin menguatkan lagi semangat penyusuan ini, JOM try supplement SET MENYUSU SHAKLEE.


Set Menyusu shaklee

ESP ~ Mengandungi Isoflavone yang bertindak seperti hormon estrogen, membantu dalam meningkatkan penghasilan susu. Disamping itu soya yang mengandungi protein yang tinggi untuk bayi anda.

Alfalfa ~ MILK-BOOSTER. Digunakan untuk meningkatkan penghasilan susu. Di samping itu, alfalfa bagus untuk kesihatan buah pinggang, membuang toksin dan wanita yang mengalami keputihan.

Vita C ~ Untuk mengoptimumkan imun ibu dan bayi. Disamping itu ia boleh membantu dalam penghasilan kolagen.

Vita-Lea ~ Penting untuk ibu dan bayi kerana ia mempunyai nutrisi lengkap bagi memastikan kesihatan yang sempurna dari segala aspek kesihatan.

B-Complex ~ Untuk perkembangan saraf untuk bayi anda disamping memastikan kesihatan mata, mulut dan kulit ibu serta bayi. Ia juga bertindak untuk menghasilkan tenaga dan darah.

Ostematrix ~ Ia sangat penting untuk memastikan gigi dan tulang bayi dan ibu mendapat kalsium yang mencukupi. Jika ibu tidak mengambil kalsium, kalsium yang sedikit ada apa ibu akan diserap bagi menghasilkan susu. Lama kelamaan terutamanya ibu yang mempunyai anak yang ramai akan mengalami tulang yang rapuh, gigi cepat rongak dan masalah belakang membongkok. Adalah penting untuk mengambil kalsium yang mencukupi.


Untuk ibu yang ingin mencuba SET MENYUSU SHAKLEE, cepat-cepat hubungi Nor..Insyaallah, segala masalah Nor cuba membantu bagi menyelesaikan masalah penyusuan anda!!