Wednesday, 15 October 2014

Serlahkanlah Kecantikan Anda dengan Nutriwhite

Selamat malam buat semua pembaca blog yang Nor kasihi..
Malam ni Nor nak kongsi satu produk muka yang terhebat dan terlaris di pasaran sekarang...

Apakah produk itu???
Pernah tak anda tahu Shaklee ada keluarkan produk penjagaan kulit???
Nor sendiri mengaku, seawal nor menggunakan produk shaklee, Nor tak tahu pun dengan wujudnya produk penjagaan kulit ini. Sehingga la Nor membaca buku shaklee nie (hanya ahli je dapat), baru la tahu apa dia produk terhebat ini. Ditambah pula, ada dua tiga sahabat Nor menggunakan pencuci muka ini.

Aduh!! Apa dia nama produk penjagaan kulit ini??mesti anda tertanya-tanya kan.


NUTRIWHITE produk muka yang dibangunkan oleh saintis dan pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika Syarikat. Mereka membuat pemilihan bahan aktif dan mentah di 16 buah negara.
Telah membuat ujian yang menyeluruh dengan gabungan ramuan yang optimum. Sudah tentu semua bahan ini selamat dan berkesan.
Terdapat 16 campuran nutrien botani yang kuat untuk membantu mengurangkan penampilan melanin yang sedia ada untuk mewujudkan kulit lebih putih, dan cerah serta bercahaya.

Pakar dan saintis menjelajah seluruh dunia untuk mencari nutrien yang paling tulen dan herba yang paling terbaik untuk Nutriwhite..





NUTRIWHITE bekerja dengan 5 cara iaitu
  1. MENGHALANG ♡ melindungi kulit anda dari merosakkan,kulit menjadi gelap akibat sinar cahaya matahari dan UV.
  2. MENYEKAT ♡ Rupa pigmen gelap dari sel-sel kulit yang asal daripada memindahkan kepada lapisan atas, membantutkan kemunculan tompok hitam.
  3. BERKURANGAN ♡ Rupa pigmen dalam kulit untuk mencegah kulit kusam. Dengan penggunaan yang berterusan, anda pasti dapat kepuasab dengan kulit bersih, cerah dan tanpa cela.
  4. MENCERAH ♡ Naungan dari melanin yang sedia ada, yang membawa kepada wajah yang lebih rata dan kulit menjadi cerah
  5. MEMPERBAHARUI ♡ Dengan cepat ia mengeluarkan sel-sel mati. Dengan ini ia menujudkan kulit cerah dan kulit lebih bercahaya.
Set Lengkap Nutriwhite

Terdapat 7 langkah untuk memastikan wajah lebih berseri 

1. Nutriwhite action makeup remover
¤ Penanggal alat solek yang licin dan tidak berminyak. Kandungan aloe vera menyegarkan dan menegangkan kulit.

2. Nutriwhite gentle deep foaming cleanser
¤ Pencuci muka yang lembut untuk membersihkan dan menyegarkan kulit. Kulit menjadi lebih lembut, licin dan berseri.

3. Sooting Radiance Whitening Essence
¤ Dirumus khas untuk menenangkan kulih dan uemulihkan keseimbangan pH semulajadi. Semestinya kulit tampak lagi bersih, lembut dan berseri

4. Daily Defensen  Whitening Essence
¤ Diperkaya dengan bahan-bahan herba untuk memberikan kulit wajah licin dan tegang. Selain itu membantu mengeluarkan pigmentasi, melembut dan mengurangkan tompokan.

5. Spot whitening Treatment
¤ Menghilangkan kesan tompok-tompok jeragat akibat sinaran matahari. Vitamin C yang terkandungan akan menampakkan kulit anda berseri,bersih dan lebih cerah.

6. Ultimate Protection Whitening Lotion (SPF 15)
¤ Mengelakkan muka dari rosak akibat sinaran matahari dan mengurangkan keradangan.Bertindak dengan pelbagai cara untuk mempertahankan muka rosak daripada kesan buruk alam sekitar.

7. Overnight Renewal Whitening Cream
¤ Membelai kulit dengan nutrein yang diperkaya dengan sumber semulajadi untuk menambahkan keremajaan kulit anda ketika tidur. dan merasai kesegaran ketika bangkit dari tidur.

Ini adalah serba sedikit tentang Nutriwhite yang boleh Nor kongsikan untuk hari ni..Nak lagi INFO menarik tentang SHAKLEE dan info lain,, TUNGGU ENTRY AKAN DATANG..

ANDA berminat nak mencuba Set Penjagaan Muka NUTRIWHITE..
ANDA BOLEH HUBUNGI NOR ...

~SALAM SAYANG~














Monday, 13 October 2014

Ketahui Makanan Yang Perlu Di Elakkan Oleh Ibu Menyusu

Salam sayang buat semua pembaca blog yang Nor sayangi.

Tajuk entry untuk kali ini mengenai makanan yang perlu di elakkan oleh ibu-ibu yang sedang menyusu bayi lebih-lebih lagi bayi yang berusia 6 bulan ke bawah. Ibu menyusu perlu menambahkan makanan berkhasiat dalam hidangan setiap hari bagi manyalurkan susu yang terbaik untuk bayi anda. 

Anda sebagai ibu bapa perlu monitor supaya anak tidak meragam, muntah seperti muak, kembung perut atau alahan.

Jom..kita baca apa yang perlu dielakkan oleh ibu menyusu.

1. Mengambil minuman berkafein.
>>  Susu yang terhasil setelah si ibu meminum kopi atau teh akan membuatkan bayi tidak selesa, meragam dan boleh menyebabkan bayi sukar untuk tidur. Ini kerana bayi tidak dapat mengeluarkan kafein daripada badannya secara efisen seperti orang dewasa.

2. Memakan terlalu banyak buah-buah citrus
>> Jika terlalu banyak makan buah citrus seperti lemon dan oren akan mengganggu sistem gastro-usus dan penghadaman bayi yang kurang matang. Ini menyebabkan bayi akan meragam, menangis atau boleh juga terjadi ruam lampin.

3. Alkohol
>> Sudah sedia maklum, pengambilan alkohol adalah dilarang oleh agama.Jika si ibu mengambil alkohol, kesan sampingan boleh terjadi kepada bayi yang disusuinya.. Oleh itu kita perlu hindarinya.

4. Makanan yang pedas dan berempah
>> Ini perlu dihindari kerana makanan yang pedas membuatkan rasa tidak selesa kepada bayi.. Susu ibu adalah berlain perisa tau. Jika si ibu makan pedas, susu akan berasa pedas.. Jadi, elakkan makan makanan yang pedas.

5. Makanan yang berada di laut
>> Makanan di laut seperti kerang, ikan yu mempunyai tahap kandungan merkuri yang tinggi. Ia akan menjejaskan otak dan sistem saraf bayi.

6. Makanan bergandum
>> Terpulang kepada tahap ketahanan bayi..Jika bayi tidak selesa, menangis tanpa henti atau najisnya berdarah, si ibu perlu la berhenti makan makanan jenis ini bagi mengelakkan masalah lain timbul kepada bayi.

Untuk menambahkan khasiat susu ibu, anda boleh juga mengambil supplement. Sudah tentu Nor syorkan SET MENYUSU SHAKLEE untuk pengambilan harian ibu menyusu.

Tak perlu berbelanja mahal-mahal.. Dengan mengambil set menyusu yang paling basic  Alfalfa dan ESP, anda telah mendapat susu yang berkualiti.



set menyusu bajet

Kenapa Nor cakap begitu???

Kerana............... 

ESP (Energizing Soy Protein)

Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.


Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? 
Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.


ALFALFA
Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu. Dalam penyusuan, alfalfa dikenali sebagai MILKBOOSTER.Selain itu, ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan!), dan bantu buang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik (angin dalam badan).


Hah!!!! Nak anak pandai dan bijak??


Rahsia Nor adalah dengan mengambil omega guard yang kaya dengan DHA DAN EPA.
Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

OmegaGuard SHAKLEE merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan Omega Guard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.




So anda nak cuba tak?? 
Set Menyusu yang dipercayai bagus untuk membekalkan susu yang berkhasiat.
tak caya?? Jom cuba dulu!

Hubungi Nor untuk keterangan lanjut









Doa Untuk Anak Bijak

Assalamualaikum buat semua..

Hari ni, Nor just nak share satu doa yang biasa Nor amalkan sejak anak Nor Isyraf berusia 3 tahun. Sekarang Isyaraf dah pun berusia 5 tahun..Bermakna sudah pun 2 tahun Nor amalkan. Alhamdulillah kesannya sangat POSITIF.

Doa ini Nor diberitahu oleh Ustazah Syarifah sewaktu dalam pembelajaran kelas agama yang diadakan setiap Jamaat dari 1.00pm hingga 2.30pm. Hah!!! untung kan. Waktu bekerja pun dapat belajar agama. So seiringan kan! Alhamdulillah.. ALLAH bukakan peluang kami untuk belajar agama..

Sori ye..tulisan jawi tak comel
OK...
First  >> Doa ini dibaca setiap minggu pada/waktu hari anak dilahirkan. Baca sebelum kejutkan anak untuk
               bangun pagi.
                Contoh : Isyraf lahir pada hari Selasa. So setiap minggu pagi Selasa Nor akan baca doa ini.

Second  >> Baca selawat sebelum membaca doa. Selawat sebanyak 3 kali.

Ayat pertama itu untuk anak LELAKI, ayat ke dua untuk anak perempuan dan ayat ke tiga untuk diri sendiri. HAH.. bukan setakat anak je pandai..Mak ayah pun boleh pandai jugak.

Pengalaman Nor.
Nor baca doa ini untuk Isyraf. Alhamdulillah..Isyraf ketika berusia 3 tahun lebih dia sudah pun pandai membaca Surah Al-Fatihah, 3 Kul. Selawat nabi majoriti dia boleh baca.. Nor just on ASTRO OASIS je setiap magrib.. Dia akan fokus dengar ayat-ayat itu.

Sekarang, walaupun usia 5 tahun, semua ayat-ayat dalam solat dia dah hafal. Setiap kali kejut untuk bangun pagi, dia tak pernah meragam. ALHAMDULILLAH.

Sekarang Nor dah start baca doa untuk Amni juga.

Selain itu, Nor juga ambil supplement untuk anak-anak Nor supaya mereka bertambah pandai, sihat dan cergas.

Untuk itu, kepada mereka yang bergelar ibu bapa, anda boleh la cuba dengan doa ini.. Insyaallah sama-sama kita mendapat syafaatnya.. Insyaallah!




Sunday, 12 October 2014

senaman petang

Assalamualaikum...Fuh tajuk entry senaman petang..Tapi malam baru boleh berblog memandangkan seronok sangat dengan aktiviti petang tadi.. Tambahan pulak,,balik tadi kepenatan, encik suami dengan rela hati nak menyediakan makan malam untuk hari ini.. Haha..Best kan sekali sekala encik suami tolong.

Tanpa dirancang sebenarnya.. Encik suami ingin membeli jaket pelampung berenang untuk anak bujang Nor nie... Sebenarnya abah ingin ajar abang isyraf berenang memandangkan abang isyraf dah pun berusia 5 tahun... Dah wajib tahu berenang la.

Jaket pelampung baru

Family kami ni sememangnya suka dengan aktiviti-aktiviti luar. Contohnya yang biasa kami lakukan berenang, jogging, bawak anak-anak ke taman permainan dan juga sukan main bowling..

Petang tadi, kami ke Putrajaya untuk mandi mada di taman rekrasi air tapi tak tahu pulak presint berapa. Hari minggu kan.. mesti ramai sangat manusianya.

Alangkah bestnya dapat melihat anak-anak berseronok di depan mata. Dengan adanya jaket pelampung ini, abang isyraf berani sikit nak berenang tanpa berpaut dengan mama atau abah..

Hah..perlu ingat..

Berenang adalah sukan olahraga air yang memiliki kelebihan yang bermanfaat untuk kesihatan anda.. Ia boleh membentuk dan menguatkan otot. Selain itu, berenang membantu meningkatkan tahap kesihatan jantung manusia. Sesiapa yang ingin kurus pun boleh berenang kerana berenang juga mampu membakar kalori.

Best tau jika anda tambahkan aktiviti bersama family..

Jom kita layan gambar-gambar yang dapat Nor snap ketika mandi manda tadi..

Abg isyraf dgn jaket baru

Amni pun suka berenang
Abah melayan anak-anak
Rileks je amni dilepaskan oleh abah
Ini la serba sedikit Nor kongsikan aktiviti family kami.. Semua kepenatan. Abang isyraf dah selamat berlayar selepas dapat susu+omega guard. Omega guard membantu mengelak abg isyraf daripada demam. Mama pun ambil omega untuk amni. Hope kami hidup dalam sihat dan sejahtera dengan shaklee..
Jumpa lagi♡♡

Kepentingan Alfalfa Untuk Ibu Menyusu

Salam sayang buat pembaca blog yang Nor sayang.. Tajuk entry Nor kali ini mengenai kepentingan Alfalfa lebih -lebih lagi ibu-ibu breasfeed.

Daun dan akar alfalfa

Mungkin ramai yang sudah tahu, kebaikan dan khasiat yang boleh diperolehi daripada Alfalfa Complex Shaklee. Alfalfa Complex dihasilkan daripada tanaman Alfalfa (Medicago Sativa) secara organik (bebas dari pestisid, herbasid, dan menggunakan bahan baja bebas kimia. Alfalfa mengambil masa 2 tahun untuk membesar, akarnya boleh mencecah sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap nutrisi, daunnya pula kaya dengan klorofil. Daun Alfalfa dituai apabila ia capai tahap matang, ia dikeringkan dengan udara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Setiap tablet Alfalfa Complex Shaklee mengandungi 300mg Alfalfa.

Alfalfa kaya dengan pelbagai nutrisi seperti:
¤ Protein
¤ Asid Amino
¤ Klorofil
¤ Serat
¤ 15 Zat Galia
¤ 10 Vitamin
¤ 8 Enzim
¤ Fitokimia


Alfalfa shaklee yang the best

Alfalfa juga  merupakan supplement penting untuk ibu-ibu breastfeed. Ia dikenali sebagai MILKBOSTER. Alhamdulillah.. Dengan mengambil alfalfa dan ESP, Nor juga dapat BF anak Nor yang sekarang sudah pun berusia 1 tahun 8 bulan. Alfalfa turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pada bayi..susah nak kena kembung.

Lain-lain manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan

1. Merawat gangguan pencernaan
2. Mengawal kolesterol dalam darah
3. Menghapuskan kolesterol buruk 'LDL' dari tubuh
4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5. Bagus untuk penyakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6. Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7. Mengurangkan symptom menopause
8. Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9. Merawat masalah sembelit
10. Menyahkan toksik dalam tubuh
11. Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13. Membantu masalah penghadaman
14. Mengurangkan masalah pundi kencing
15. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
16. Meningkatkan kesihatan prostat
17. Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
18. Menghangatkan hubungan suami isteri

Ternyata kan banyak khasiat alfalfa shaklee ini. Bagi Nor, Nor ambil alfalfa untuk nak banyakkan susu.. Tetapi Nor dapat BONUS yang lainnya. So masalah keputihan yang Nor alami dulu sekarang dah tiada lagi.

Ini dia susu yang nor perah dgn menggunakan tangan

Stok EBM masih ada walaupun anak sudah 1thn 8bln

Anda juga ingin mencuba??
Jom cepat-cepat hubungi Nor.



Saturday, 11 October 2014

Kuasa Sentuhan

Salam sayang buat anda semua pembaca blog yang Nor sayangi..
Entry Nor untuk malam indah ini mengenai Kuasa Sentuhan lagi-lagi antara ibu dan anak.. Sebenarnya ilham ini terjadi selepas Nor membaca majalah lama PA & MA. Sambil-sambil melayan kerenah si kecik Nor yang comel nie.


Sentuhan adalah komunikasi di awal kelahiran bayi. Ada kajian yang dilakukan mengenai perkembangan bayi seluruh dunia mendapati kuasa sentuhan memberikan kesan positif kepada bayi.. Terasa indah bila ibu bersentuhan dengan bayi. Teringat Nor di saat-saat awal melahirkan si kecik ini.

Anda mesti ambil tahu..

  1. Bayi yang baru dilahirkan mampu merasa sentuhan daripada ibu dan ayahnya. Sentuhan yang dilakukan dengan kasih sayang dapat menenangkan bayi yg berada dalam keadaan tidak selesa
  2. Ketika baru dilahirkan, tangannya sentiasa dalam keadaan seperti menggenggam sesuatu dan bayi sentiasa menggerakkan anggota badannya seperti tangan dan kaki.
  3. Peluk, dukung dan mengurut bayi adalah merupakan satu cara untuk meransang deria sentuhan. Jangan biarkan bayi bersendirian terlalu lama.
  4. Sentuhan membuatkan bayi merasa dirinya selamat dan dilimdungi oleh ibubapanya. Pegang dan belai lah tangannya. Kemudian sentuh di bahagian belakangnya. Sentuhan ni membuatkan bayi terasa selesa.
  5. Bagi bayi pramatang pula, sentuhan adalah terapi baginya. Ia adalah keperluan untuk menambahkan berat badannya dan juga mengurangkan tekanan kesakitan yang dialami oleh bayi. Sekali gus ia mampu memberikan kesihatan yang baik kepada bayi pramatang.
  6. Sebelum bayi dapat melihat dengan jelas, melalui sentuhan bayi belajar tentang dunia persekitarannya, emosi dan fizikal


Fakta yang perlu anda tahu
Saiz otak bayi ketika dilahirkan ialah 25% daripada saiz otak orang dewasa. Manakala bayi ketika dilahirkan dibekalkan dengan 100 bilion sel. Otak bayi akan berkembang dengan sempurna sekiranya mendapat zat yang seimbang dari pemakanan, dijaga dari sebarang kecederaan fizikal dan mendapat ransangan yang betul.

Hah..ini saja yang dapat Nor kongsikan. Sekurang-kurangnya dapat memberi pengetahuan yqng berguna buat bakal ibu-ibu... 


Atasi penyakit migraine

Salam sayang buat semua pembaca blog yang nor sayangi..
Entry nor untuk kali ini mengenai penyakit yang selalu di kebanyakkan masyarakat kita sekarang.

Pernah tak migraine terjadi pada anda??
Fuh..memang seksa kalau terkena migraine..tak tertahan sakit kepala tau.



Jom kita baca sedikit info tentang migraine.

Migraine adalah sakit kepala yang terjadi di sebelah kepala yang menyakitkan dan berdenyut-denyut disertai dengan loya, mengalami gangguan visual dan banyak lagi symptom yang lain. Migraine juga boleh berlaku selama antara 4-72 jam tanpa henti.

Migraine boleh dikategorikan sebagai sakit kepala vascular (vascular headaches) iaitu saluran darah ke otak yang mengalami pengembangan dan pengecutan. Ada satu kajian dilakukan iaitu menggunakan imbasan tomography berkomputer (SPECT) menunjukkan mereka yang mengalami migraine terdapat keradangan (inflammation) yang paling ketara pada meninges (yang meliputi kulit kepala).Terdapat tiga membrane iaitu dura, arachnoid dan lapisan paling bawah atau ke dalam dipanggil pia.

Migraine boleh terjadi pada bila-bila masa. Migraine kerap berlaku kepada wanita. Salah satu faktor migraine terjadi pada wanita disebabkan hormon estrogen yang tidak stabil. Kebiasaannya wanita akan mendapat migraine ketika datang bulan (iaitu ketika hormon estrogen rendah).

Kebiasaannya migraine ada 5 fasa iaitu:

1. Sehari ataupun sebelum berlakunya migraine, terdapat perubahan pada mood, mengalami masalah dengan ingatan, perubahan pada salah satu lima deria kita ataupun masalah pada percakapan.
2. Sebelum sakit kepala, sesetengah orang akan nampak corak ataupun kelipan cahaya ataupun mungkin mengalami kebas pada tangan ataupun mulut. Ini dipanggil aura. Mereka yang mengalami aura ini akan epilepsy sebelum jadi sawan.
3. Sebelum dalam keadaan menyakitkan, migraine boleh berlaku pada sebelah kepala ataupun kedua belah ataupun akan berpindah daripada kiri ke kanan kepala.
4. Sakit kepala tiba-tiba hilang tetapi loya sentiasa rasa seperti berlegar-legar.
5. Seseorang itu akan merasakan letih dan kelesuan dan ingin tidur.

Banyak faktor yang boleh mencetuskan migraine seperti tekanan, kerosakan pada hati, perubahan hormon, sembelit dan sebagainya.

Seandainya anda sering terkena migraine,,anda perlu menghindari daripada beberapa perkara seperti berikut:-
-Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
- Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
-elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
-Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
-Stress dan tekanan
-Jadual tidur yang tak tetap
-Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama .

Pengambilan pemakanan yang betul dan mengamalkan gaya hidup sihat dapat membantu mengurangkan masalah ini.

Untuk itu, Nor sarankan anda dengan pengambilan supplement yang nyata membantu menyelesaikan masalah anda. Hindari mengambil ubat sepanjang masa sebab anda sendiri tahu kesan di masa akan datang.



Set Rawat Migraine Shaklee

B-Complex


Kaya dengan vitamin B2 dan B6 yang telah terbukti membantu mengurangkan
kesakitan akibat migraine.
Vitamin B lengkap ini memastikan anda bukan sahaja mengurangkan
risiko diserang migraine,
akan tetapi mencegah penyakit lain seperti depresi , strok dan berkaitan.Kebiasaan pengidap migraine
perlu mengambil tahu akan punca-punca dan penyebab kepada sakit kepala / migraine ini.

Ostematrix


Kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin D.
Kalsium seperti yang diketahui umum bukan sahaja membina tulang dan gigi,
malah ianya membantu menetapkan ritma jantung,
menyelesaikan masalah insomnia. Kalsium amat diperlukan oleh badan bagi tujuan mempertahankan fungsi saraf dan otot serta buah pinggang.

Magnesium pula amat penting untuk metabolisma kalsium. Membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu daripada punca yang dipercayai penyebab migraine. Kajian mendapati magnesium membantu mengurangkan sakit kepala / migraine serta mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tidak mengandungi vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh dan boleh tertinggal sebagai batu di dalam ginjal atau pundi kencing.

Anda ingin mencuba merawat migraine dengan shaklee?? Usah risau..semua produk shaklee dijamin HALAL DAN SELAMAT.

Anda ingin mencuba..
Boleh hubungi Nor..

COD AREA: SEPANG,NILAI,BANGI,SEREMBAN,MUAR