Thursday 12 December 2013

Adab Memandikan Bayi Yg Baru Lahir

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yg baru melihat dunia selepas 9 bulan tinggal di alam rahim.Justera itu,,ibubapa yg beragama Islam mestilah menyambut kelahiran bayi mengikut ajaran Islam.

Khas utk ibubapa yg baru melahirkan cahayamata.,,Mungkin ramai ibubapa diluar sana belom mengetahui ADAB MEMANDIKAN BABY yg baru dilahirkan...ditambah pulak,zaman ini ramain yg suka menggunakan wet tissue utk lapkan najis baby tanpa mencuci dgn air.

Apabila memandikan bayi,jangan terus masukkan badan bayi dalam TAB.pastikan cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air yg mengalir bersih.Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab,,air tidak menjadi air najis.

Antara yang mungkin kita tidak memberi perhatian adalah tatacata memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40hari...dalam tempoh ini,kaedah mandian memainkan peranan yg penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yg baik.

>Seeloknya mandikan bayi pada waktu Dhuha.kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang dan memandikan bayi menggunakan air suam.

>Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakang bayi secara perlahan-lahan.kemudian baru disiramkan ke kaki, dan seterusnya naik ke bahagian punggung.

>Belaian lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi.Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik.Siraman mesti disertakan sapuan sabun yg sesuai utk bayi.

>Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala.Siraman dikepala dilakukan secara peelahan supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala dan bahagian dahi,tangan digunakan untuk mengosok dahi.

>Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan,hati berzikir YA LATIF,YA HADI.

>Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap..dikuatiri mudah terkena selesema atau jangkitan kuman.

>Siraman yg terakhir,dilakukan ke atas dada seterusnya hingga bawah.tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini kerana bimbang aie sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan melambatkan proses pengguguran tali pusat.

>Selepas selesai memandikan bayi,lapkan seluruh badan dengan tuala yang bersih.Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun basah dan membawa masalah paru-paru lemah.

Insyaallah ibubapa yg baru mendapat zuriat,,sama-sama lah kita mempraktikkan supaya anak kelihatan kuat,sihat dan cergas...Pokok pangkalnya bermula dari ibubapa....


0 comments:

Post a Comment